Kelmarin ada seorang pembaca setia blog pakar (nama dirahsiakan atas permintaan) meminta saya berkongsikan artikel di bawah ini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua, katanya. Bacalah yer ;)

godasuami

Petua Menggoda Suami di Usia 40

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun. Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal – yang memang jelas ada bezanya – tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa. Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa. Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini. Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar…banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan. Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka ‘cawangan’ baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula ‘meriah habis’ pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan ‘dingin’ dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun. Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda ‘keriangan’ luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: “Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!” Atau: “Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!”

Klik utk baca seterusnya…