Kongsi artikel ni di FBSemalam saya ada kongsikan 10 perkara yang lelaki mesti faham tentang wanita. Saya harap kaum lelaki dapat menyelami entri tersebut dan cuba faham (walaupun ada sesetengah lelaki memang sukar untuk faham) wanita.

Dalam entri kali ini, saya nak berkongsi pula dengan anda 18 Perkara Yang Wanita Mesti Faham Tentang Lelaki. Yer lah kan, tak seimbanglah kalau satu pihak jer yang faham. Kalau lelaki jer yang faham perempuan, tapi perempuan tak faham lelaki tak boleh juga. Betul tak?
Jadi, apa kata anda hayati dan fahami entri di bawah. Kalau ada sesiapa yang tak bersetuju dengan pernyataan yang diberikan, sila tinggalkan komen. Terima kasih.

18 Perkara Yang Wanita Mesti Faham Tentang Lelaki
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: hati seorang lelaki, kaunseling cinta, kaunseling percintaan, kaunseling rumahtangga, lelaki, lelaki ego, masalah cinta, masalah pakwe makwe, mengenali lelaki, Pakwe Makwe, perangai lelaki, perangai wanita, perhubungan, putus cinta, sifat seorang lelaki, sifat seorang wanita, sifat-sifat lelaki yang wanita perlu tahu
Kongsi artikel ni di FBBanyak sekali saya terima email yang mengadu masalah perhubungan @ masalah cinta dari pembaca blog ini. Kebanyakan aduan masalah ini datangnya dari pembaca wanita. Kenapa wanita yang lebih ramai mengadu macam-macam? Adakah wanita saja yang bermasaalah? Atau adakah lelaki sekarang ini terlalu ego untuk mengakui dirinya itu bermasaalah?

Apa-apapun, kebanyakan email aduan yang saya terima, rata-rata membangkitkan persoalan @ ketidakpuas hatian mereka kepada lelaki. Antara yang dipersoalkan ialah…
- MENGAPA LELAKI SEKARANG NI SUSAH SANGAT NAK FAHAM WANITA???
- ATAU LELAKI SEKARANG NI MEMANG DAH EGO SANGAT???
Entahlah. Saya juga seorang lelaki sejati (bukannya golongan ‘au-au’ yer). Kalau ditanyakan mengapa lelaki sekarang susah sangat nak faham wanita?
Hmmmm susah juga saya nak menjawabnya…huhu
Tapi bagi saya, persoalan yang dibangkitkan tu takdelah penting sangat. Yang terlebih pentingnya ialah BAGAIMANA NAK BUAT LELAKI FAHAM WANITA???
Haa persoalan inilah yang lebih sesuai untuk dibincangkan.

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 10 perkara LELAKI MESTI FAHAM tentang wanita. Semoga dengan perkongsian ini dapat sikit sebanyak membantu kaum lelaki dalam memahami wanita @ pasangan anda masing-masing.;)
Pembaca wanita, kalau anda tak bersetuju dengan pernyataan dibawah ini, sila kemukakan hujjah anda di bahagian komen di bawah entri ini. Terima kasih.

Apakah yang lelaki MESTI FAHAM tentang wanita?
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: kaunseling pakwe makwe, kaunseling percintaan, kaunseling perhubungan, kaunseling rumahtangga, lelaki ego, masalah dalam perhubungan, masalah pakwe makwe, masalah percintaan, Masalah Rumahtangga, memahami wanita, menangani lelaki ego, perangai wanita, putus cinta, sifat seorang wanita, sifat wanita, sifat-sifat wanita yang lelaki perlu tahu
Kongsi artikel ni di FBAnda lelaki? Rasa tercabar membaca tajuk entri ni? Rileks bro… Tak semestinya apa yang dituliskan ini betul semuanya. Yang penting, baca dan ambil peringatan. Buatlah perubahan mana-mana yang buruk. Semoga apa yang dikongsikan dalam entri ini berguna buat para pemuda di luar sana tu yer.
20 Perangai Buruk Lelaki Yang Boleh Membuatkan Orang Perempuan Meluat @ Benci

1. Meninggikan Suara
- Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. Mengongkong
- Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka. Haa macam mana tu?
3. Cemburu Buta
- Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
4. Panas Baran
- Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: konflik rumahtangga, lelaki ego, lelaki macho, lelaki pentingkan diri sendiri, lelaki yang baik, lelaki yang soleh, main kayu tiga, mengenali lelaki, Pakwe Makwe, perangai buruk, perangai buruk lelaki, perangai lelaki yang perempuan tidak suka, perangai-perangai lelaki, punca cerai, siapa lelaki macho, sifat buruk lelaki, sifat lelaki baik, sikap buruk
Baru-baru ini ada seorang pembaca blog PakarHowTo menghantar email kepada saya, mengadu tentang konflik rumahtangga nya. Beliau meminta saya memberikan pendapat.
Berikut adalah kandungan email yang beliau kirimkan kepada saya.
Salam. Saya ingin meminta pendapat saudara tentang masalah yang sedang saya hadapi. Saya tak tahu nak mula bagaimana. Saya dah bingung.
Begini ceritanya…
Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya dan suami sebaya. Perkahwinan kami baru masuk usia 2 tahun.
Untuk makluman saudara, ketika bercinta dulu pun memang kami sering bergaduh. Keputusan saya untuk berkahwin dengannya adalah dengan harapan agar dia boleh berubah. Namun apa yang telah saya fahami setakat ini, LELAKI amat sukar untuk berubah.
Saya sifatkan diri saya tidak sama seperti perempuan lain. Walaupun suami sentiasa berada di rumah, namun perhatian yang diberikan kepada saya agak kurang. Dia berada di rumah bukan kerana saya, tapi sifatnya yang tidak mempunyai kawan di luar menyebabkan dia mghabiskan masa di rumah kebiasaannya dengan bermain computer game.
Pada mulanya saya boleh terima. Tapi lama kelamaan saya naik bosan dengan dirinya. Bercakap hanya ketika perlu saja. Kebanyakan masalah berakhir dengan perselisihan faham. Saya tak faham dengan dia. Perangainya terlalu kebudak-budakan. Dia tak pernah nak beromantik dengan saya. Maksud saya disini dia jarang membelai, memeluk saya ( tanpa unsur sex ). Bila dia nak dia buat la, kalau nak peluk saja-saja jer tu, dia memang jarang lakukan.
Dia tak pernah menegur kesilapan saya on the spot. Dia suka simpan dan sebab dia simpan itu la akan menyebabkan dia melepas kemarahan dia dengan cara yang saya tidak suka. Ada ketika dia pernah keluarkan perkataan BODOH pada saya.
Saya terkilan. Sewaktu bercinta lagi, bila tiba birthday saya, selalunya dia memang tak ingat. Bila saya call nangis-nangis, dia boleh tanya kenapa. Saya suruh dia ingat tapi memang dia tak boleh nak ingat. Sampai akhirnya dia tensen dengar saya menangis dan akhirnya dia letak telefon. Dia off kan terus. Saya kemudiannya telefon dia semula tapi tak dapat. Saya call mak dia, baru dia angkat. Saya cakap hari ni hari jadi saya baru dia sedar. 2 tahun berturut-turut perkara sebegini berlaku kepada saya. Sampi lah sekarang ini, dah kahwin pun dia cuma wish jer. Itupun set alarm pada handphone. Hadiah tetap tak pernah ada. Saya agak kecewa.

Waktu saya sakit, pernah saya beritahu pada dia yang saya rasa macam nak demam. Tapi dia boleh cakap yang saya tidur lambat malam tadi. Saya tak faham kenapa dia bersikap begitu. Bukannya dia nak belai ker, belikan ubat ker. Saya dengar dia cakap camtu terus saya rasa sangat kecewa. Saya bukannya nak suruh dia dodoikan saya. Saya cuma nak dia beri perhatian jer. Pernah 1 malam tu tekak saya sakit. Waktu tu dia tengah main game. Saya tanya abang tak nak keluar beli gula-gula ker? Ada ker patut dia cuma suruh saya makan jer gula-gula cenderahati orang kawin yang rasa entah apa-apa tu dan terus dia main game. Saya memang terkilan masa tu kerana saya sebenarnya nak gula-gula strepsils.
Saya benar-benar buntu. Kebahagiaan perkahwinan yang orang cakap-cakapkan tak pernah saya rasai. Saya pelik. Dimanakah kebahgiaan itu?
Saudara, tolong lah beri penyelesaian dan pendapat terhadap masalah ini. Perlu kah saya meneruskan perkahwinan dengan lelaki yang seolah-olah tak ada perasaan ini? Atau lebih baik saya mulakan hidup baru?? Saya cukup terseksa jika tahun-tahun mendatang dia terus begini tanpa perubahan yang saya inginkan…
Harap saudara dapat membalas email ini…
Sekian.
Berikut ini adalah pandangan ikhlas saya. Namun terlebih dahulu saya ingin mohon maaf lah kalau bahasa saya direct to the point.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: anak bestari, di mana kebahagian, hidup bahagia, hidup bahagia suami isteri, kebahagiaan rumahtangga, konflik rumahtangga, lelaki ego, masalah isteri, Masalah Rumahtangga, masalah suami, mengapa lelaki susah untuk berubah, suami ego, suami pemarah, suami tak penyayang, suami tak romantik, sukar untuk berubah
Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Tahap pengorbanan
- Daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
 Lelaki dan wanita saling memerlukan
Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: beza antara lelaki dan wanita, lelaki dan perempuan, lelaki ego, perangai lelaki, perangai perempuan, perbezaan antara lelaki dan perempuan, perempuan keras kepala, sifat semulajadi lelaki, sifat semulajadi wanita
|
Komen Terbaru