Kelmarin (18 Mei 2009), salah seorang pekerja bawahan saya, Cik Koh meminta kebenaran untuk balik ke rumahnya di Jalan Ipoh. Katanya, dia menerima call dari jirannya mengatakan tingkap rumahnya terbuka.
Bagi mengelakkan kemungkinan di masuki pencuri, maka Cik Koh meminta izin untuk balik sekejap ke rumah nya bagi menutup tingkap yang terbuka tu. Saya pun sign jer la kad kebenaran keluar pejabat daripadanya.

Cik Koh ialah yang buat sign 'peace' tu...No 2 dari hadapan sebelah kiri.
Selepas kira-kira 1 jam kemudian, tiba-tiba saya menerima call dari Cik Koh. Daripada suara yang mula terpacul dari mulutnya tu, saya dah dapat mengangak bahawa ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Dengan nada suara yang lemah longlai, Cik Koh mengatakan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan semua barang-barang berharga seperti komputer riba, barang-barang kemas dan wang tunai yang disimpan di rumahnya telah lesap. Rumahnya jadi macam tongkang pecah. Habis berselerak kerana digeledah oleh pencuri yang tidak berhati perut. Saya sedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa salah seorang daripada anak buah saya tu. Kesian dia…














