Anda mempunyai masalah berdengkur semasa tidur? Suami/Isteri ada berdengkur sehingga mengganggu anda tidur? Sila baca artikel Panduan Cara Semulajadi Bagaimana Menghentikan Dengkuran seperti di bawah ini;
Ramai menganggap berdengkur merupakan perkara biasa. Ada yang berdengkur jika mereka betul-betul tidur nyenyak dan terdapat juga yang terus berdengkur walaupun baru terlelap hanya seketika.
Berdengkur adalah disebabkan oleh halangan di dalam saluran nasal berpunca daripada postur tidur yang tidak betul, pengumpulan lemak di sekitar muka dan leher serta berkemungkinan juga disebabkan oleh alahan.
Semasa sedang tidur, anda masih memerlukan pengaliran oksigen yang betul. Ini penting bagi mengurangkan kebarangkalian untuk berdengkur dan seterusnya mendapatkan rehat yang cukup setiap malam.
Tidur yang berkualiti dan betul-betul nyenyak boleh terganggu disebabkan oleh gangguan walaupun sedikit. Bagaimanapun, terdapat kaedah-kaedah atau cara semulajadi bagi menghentikan dengkuran.
Terdapat beberapa cara mudah bagi membantu anda tidur dengan aman, nyenyak dan tanpa tabiat dengkur yang mungkin mengganggu orang lain. Berikut ini adalah beberapa kaedah atau cara yang boleh diamalkan dalam usaha menghentikan dengkuran.
















