Aku tujukan entri ini buat seorang kawan… Harap ko baca mesej aku nih dengan hati yang terbuka yer.
Kawan,
Benar katamu kubur kita memang lain-lain.
Tapi harus kamu ingat di mahsyar nanti kita akan bersama juga.
Kawan,
Benar katamu tentang perihalmu itu memang ia urusanmu.
Tapi harus kamu ingat tanggungjawab pada agamaku itu adalah urusanku…
memberi tegur tentang salahmu pada syariat itu adalah urusanku.
2 hari lepas, ada seorang pembaca blog PakarHowTo menghantar 1 artikel yang bagus. Berikut ini adalah ‘print screen’ email beliau.
Saya kongsikan dengan anda artikel yang dihantar itu. Semoga mendapat sikit sebanyak manfaat daripadanya.
Pesanan dan wasiat abah
Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa “penebus rasa bersalah” anak-anak.
Maksudnya begini:
Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) – alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah “tiba-tiba” salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya… ..
Sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba – setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya.
“tiba-tiba” itu hanya “tuduhan” manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan “aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!
Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:
Tatkala ini, hanya Allah saja yang mengetahui, betapa hati ini sedih dan pilu. Ibu yang sangat disayangi, telah pergi dan tak akan kembali lagi.
Ibu meninggalkan kami semua, anak-anaknya pada 23 Nov 2010 (Selasa), kira-kira jam 6.40 petang, di Wad Kecemasan Hospital Jerantut.
Hanya doa yang dapat saya utuskan mengiringi roh ibu menemui Ilahi. Semoga Allah ampunkan segala dosa ibu dan menempatkan ruh ibu di kalangan ruh orang-orang yang soleh dan diredhaiNya.
Tazkirah Kematian – “Kubur kita Taman Syurga atau Lubang Neraka?”
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Pada satu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual kosong. Lalu baginda bersabda yang bermaksud :
“Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup, nescaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat) sepertimana aku melihat kematian.”
“Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata, ‘aku rumah kesepian, aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing.”
“Apabila dikebumikan hamba yang beriman, maka kubur berkata kepadanya, ‘marhaban wa ahlan’ (ucapan selamat datang), kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku, dan apabila aku menerimamu hari ini, lihatlah apa aku akan lakukan kepada kamu.”
Awan sedikit mendung, ketika kaki-kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu isyarat merah ketika itu.
Baju merahnya yang agak lusuh melambai-lambai di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Tangan kanannya memegang ais krim , sementara tangan kirinya memegang erat tangan ayah yang memimpinnya.
Yani dan Ayahnya memasuki kawasan perkuburan awam Kg Haji Mat, berjalan menuju ke sebuah pusara tua lalu duduk berhampiran dengan sebuah batu nisan yang diatasnya tertulia “Hajjah Rogayah binti Muhammad 19-Okt-1915 : 20-Okt-1965″
“Nak, ini lah kubur nenek mu. Mari Kita berdoa untuk nenek mu yer”.
Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru ayahnya yang mengangkat dan menadah tangan ke atas . Yani juga turut memejamkan mata seperti ayahnya. Sia mendengar setiap patah ayahnya yang sedang khusyuk berdoa untuk neneknya…
“Ayah, nenek masa meninggal dunia, umur nya 50 tahun kan ayah?” .
Ayahnya mengangguk sambil tersenyum. Ayah memandang pusara itu dengan penuh rasa kerinduan pada ibu nya.
“Hmmm, maksudnya nenek sudah meninggal 42 tahun kan ayah..?”
Kata Yani berlagak sambil matanya menerawang, berfikir membuat kiraan dan jarinya cuba menghitung.
Hari ini pula saya ingin berkongsi dengan anda tentang 1 artikel mengenai hukum menghias kubur (orang Islam). Bacalah, semoga ada manfaat nya. Jika inginkan kepastian mengenai perkara ini, sila bertanya kepada ustaz atau imam yang selayaknya. Terima kasih.
Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti kan?
Tapi tahukah anda, menghiasi kubur seperti ini hukumnya adalah HARAM. Mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Sila baca hadith di bawah ini ;