Amalan @ doa mujarab untuk tenteramkan hati yang tengah panas

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Kepada korang yang selalu datang melawat blog ni, aku minta maaf sebab dah lebih seminggu aku tak menulis di blog ni. Ini semua sebab tahun baru Cina la. Aku amik cuti panjang dan balik kampung. Kat kampung (Baling-Kedah –> kampung isteri aku), tak dapat nak layan internet. So, semua aktiviti internet aku terjejas.

Maaf deh. :(

Dalam entri kali ni, aku cuma nak kongsi 1 amalan @ doa untuk mententeramkan hati yang tengah panas. Doa ni saya sesuai bagi korang yang mungkin terasa hati @ makan hati dengan geng-geng korang yang mulut mereka mungkin sangat lazer dan menyakitkan hati.

Kepada korang yang selalu kena umpat, kena keji, kena hina dan kena kata yang bukan-bukan dari orang lain. Tentunya hati korang panas dan sakit kan?

Klik utk baca seterusnya…

Doa untuk mudah bangun tengah malam (tahajjud)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Baru-baru ni saya ada dengar 1 ceramah di Radio IKIM. Penceramahnya ialah seorang Syeikh dari Negara Arab. Maaf, saya tak berapa ingat dia punya nama.

Dalam ceramah tu, Syeikh Arab tu ada berkongsi 1 amalan yang jika diamalkan akan memudahkan kita untuk bangun malam untuk bertahajjud.

Saya kongsikan dengan anda amalan tersebut.

Klik utk baca seterusnya…

Doa yang bagus untuk dapat Isteri Solehah

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Musim cuti sekolah sudah tiba lagi. Sepanjang cuti sekolah ni, setiap hujung minggu pasti ada saja jemputan kahwin yang diterima. Jadi tak hairanlah kalau orang kata, musim cuti sekolah ni ialah musim kenduri kahwin.

Paling dekat, hujung minggu depan (26 Nov 2011) ini, adik nombor 9 saya akan menamatkan zaman bujangnya. Dia lah orang terakhir dalam adik beradik saya yang akan kahwin. Yang lain semua dah beranak pinak. Tinggal dia jer lagi yang baru nak melayari bahtera rumahtangga. Cheewahhh.

Cakap pasal kahwin. Dalam entri kali ni, saya nak kongsikan 1 doa yang sangat bagus untuk diamalkan, khusus buat mereka yang sedang mencari calon isteri.

doa yang mustajab

Tapi sebenarnya, doa ni bukanlah terhad kepada kaum lelaki saja. Kalau orang perempuan nak amalkan pun tak ada masalah langsung. Sebab doa ni banyak kelebihannya.

Antara kelebihannya ialah :

 1. Allah berkatkan rezeki
 2. Lahirkan sifat rendah diri
 3. InsyaAllah dikurniakan isteri solehah

Ini doa nya.

Klik utk baca seterusnya…

Doa untuk berlindung dari panas api neraka dan azab kubur

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda 1 doa penting untuk kita amalkan bersama. Doa ini adalah untuk kita berlindung dengan Allah daripada panas api neraka dan azab kubur.

doa elak siksa kubur

Ini doanya…. Hafal dan sentiasa baca doa ini setiap kali lepas solat.

Klik utk baca seterusnya…

Doa elak malas, rasa dukacita, tertekan, dan elak kedekut

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Anda selalu berasa malas? Anda ada masalah sering berkeluh kesah dan berasa dukacita? Anda ada sifat penakut dan kedekut? Anda mengalami tekanan hutang dan dizalimi orang lain?

Saya mencadangkan agar anda dapat hafal dan amal doa di bawah ini.

Doa nya tidak panjang mana. Semua orang boleh hafal dan amal.

Bacalah doa ini setiap kali lepas solat. InsyaAllah, semoga dengan doa yang kita baca secara istiqamah (berkekalan) akan dimakbul kan oleh Allah Ta’ala.

Berikut adalah doa elak daripada perasaan malas, rasa keluh kesah, dukaciti, sifat kedekut dan penakut dan elak alami daripada tekanan hutang.

Klik utk baca seterusnya…

Panduan dan jampi untuk mengurangkan panas baran suami

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Maaf sebab lama tak update blog. Saya tersangat sibuk kebelakangan ini. Macam-macam hal berlaku. Sabor jer lah…huhu

Apapun, dalam post kali ini, saya nak kongsi 1 artikel yang saya rasakan sangat baik terutamanya kepada mereka yang telah berumahtangga.

Artikel ini adalah berkisar tentang permasalahan rumahtangga. Di bahagian jawapan yang disediakan, ada diterangkan panduan bagaimana menghadapi suami yang panas baran dan didedahkan juga mengenai ayat-ayat Quran yang boleh diamalkan untuk mengurangkan panas baran suami.

Baca, faham dan cubalah amalkan insyaAllah. Lagi bagus kalau dapat disebarkan artikel ini kepada seberapa ramai orang yang boleh. Terima kasih.

Soalan:

SAYA mempunyai suami yang panas baran. Dulu tidaklah sebaran ini, ia masih boleh dikawal. Sekarang tak boleh tanya atau tegur sikit pasti dia melenting. Kalau bergaduh dia suka keluar malam dan balik pukul 2-3 pagi. Saya cuba berlembut dengan mengikut rentak dia tapi saya rasa tertekan. Beban keluarga diletakkan di atas bahu saya. Anak sakit, perbelanjaan anak-anak, duit dapur hampir semua saya yang urus.

Perasaan syak kuat menguasai saya. Mana tidaknya dia pernah ada perempuan lain. Banyak kali perkara ini terjadi tapi saya maafkan dia kerana fikirkan anak-anak. Saya cuba berbincang tapi semua usaha saya berakhir dengan pergaduhan. Sikapnya itu membuatkan saya tawar hati dengannya. Namun saya masih sayangkan dia dan pernah ajak dia dapatkan kaunseling tapi saya dimarahi.

Kadang-kadang hendak rasanya berpisah dengan dia tapi memikirkan anak-anak, saya batalkan niat itu. Hingga sekarang saya cuma mampu bersabar dan berdoa supaya dia lembut hati dan menjadi suami yang penyayang serta prihatin kepada keluarga. Apa yang merisaukan saya, kadang-kadang marah saya agak keterlaluan dan menyimpan perasaan dendam terhadapnya. Rasa bersalah memang ada tapi bila bergaduh semua itu saya tolak tepi. Apa yang perlu saya lakukan?

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site