Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Nampaknya artikel mengenai panduan untuk mudah hamil dan petua untuk mendapat anak di blog PakarHowTo mendapat sambutan yang sangat baik.

Ebook tulisan kawan saya iaitu ‘Rahsia Mudah Hamil‘ dan ‘Panduan Senang Hamil‘ juga mendapat jualan yang baik sekali. Ini menunjukkan bahawa begitu ramai sekali mereka yang mengalami masalah sukar mendapatkan anak.

Saya mengaku bahawa saya bukanlah orang yang layak untuk memberikan panduan-panduan ini, kerana saya bukanlah seorang doktor atau pakar sakit puan.

Namun, atas rasa prihatin sebagai salah seorang yang mempunyai masalah sukar mendapat anak (selepas 2 tahun kahwin, baru isteri saya mengandung), maka saya rasa bertanggungjawab untuk sampaikan ilmu yang saya ada mengenai perkara ini.

Saya menerima banyak sekali email dan komen dari para pembaca blog ini yang bertanyakan pelbagai perkara mengenai permasalahan kesukaran mendapatkan anak ini. Ada yang bertanya tentang kitaran haid, mengenai waktu subur, makanan yang sesuai untuk dimakan, petua-petua, doa-doa dan jampi-jampi, malah ada juga yang bertanya tentang teknik-teknik bersetubuh untuk mudah mendapat anak.

Sudah saya nyatakan berkali-kali di blog ini bahawa saya bukanlah pakar sakit puan atau doktor yang layak untuk menjawab mengenai permasalahan yang mereka alami. Sebetulnya anda perlu bertanya dan mendapatkan nasihat dari doktor yang profesional.

Namun, atas rasa prihatin dengan segala permasalahan yang diketengahkan, saya tetap juga berkongsi pengalaman dan pengetahun, sekadar yang saya mampu.

Pagi tadi (27 April 2010), saya dapati ada satu komen di blog ini yang meminta diberikan petua untuk mendapatkan anak perempuan.

ingin-anak-perempuan

Baiklah, bagi memenuhi permintaan Saudara Muhamad Zalani (@Laningz) tersebut, suka saya kongsikan petua atau ikhtiyar yang boleh dilakukan dalam usaha untuk mendapatkan jantina anak seperti yang dihajati.

Klik utk baca seterusnya…

Panduan Cara Kira Waktu Subur

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sebelum ini saya ada berkongsi beberapa artikel tentang tips dan panduan kehamilan, cara untuk cepat mengandung, petua mudah mengandung, cara kira waktu subur, artikel tentang kitaran haid, dan segala macam permasalah tentang mengandung dan kehamilan di dalam blog ini.

Sejak dari hari itu, saya telah menerima beratus-ratus email dari para pembaca yang bertanyakan bermacam-macam soalan kepada saya.

Mereka ajukan pelbagai soalan seolah-olah saya ni adalah pakar sakit puan pula. Hakikatnya saya ni orang biasa saja. Lelaki pulak tu. Manalah saya tau sangat tentang hal-hal kesuburan dan kehamilan ni. huhu…

Paling banyak saya terima email adalah yang bertanyakan tentang bagaimana untuk mengira waktu subur. Ramai diantara mereka yang meminta saya tolong kirakan bilakah waktu subur mereka. Sedangkan sebelum ini, saya dah kongsikan 1 artikel di blog ini yang menerangkan bagaimanakah nak buat kiraan waktu subur. Namun, mereka tetap terus menghantar email kepada saya dan meminta saya tolong kirakan waktu subur mereka.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site