Kisah Benar – Pengalaman sebenar di Tanah Suci (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sempena musim haji ni, saya ingin berkongsi dengan anda semua satu lagi kisah benar yang sangat menarik. Baca dan ambil lah pengajaran serta iktibar daripada kisah benar ini.

Khusus buat mereka atau saudara mara yang akan pergi menunaikan haji pada tahun ini, harap dapat baca sampai habis. Di bahagian hujung artikel ada disertakan sekali beberapa tips menunaikan ibadah haji yang sangat baik untuk diamalkan. Semoga apa yang dikongsikan ini memberikan sikit sebanyak manfaat kepada kita semua.


Tujuan Perkongsian Pengalaman

Saya paparkan kisah ini bukanlah bertujuan untuk membanggakan diri mahupun untuk mendabik dada dengan anugerah yang dikurniakan Yang Maha Pencipta kepada diri yang hina ini. Hati kecil ini begitu teringin untuk berkongsi pengalaman termanis dalam hidup saya apabila telah ditunjukkan dengan bukti nyata oleh Allah akan betapa hebatnya kuasa dan kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Tujuan utama saya memaparkan kisah ini juga adalah untuk menaikkan semangat muslimin dan muslimat untuk menunaikan ibadah haji. Ramai di antara kita yang berasa gusar dan khuatir untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci kerana telah digembar-gemburkan dengan pelbagai cerita yang bukan sahaja pelik tapi benar, bahkan ada juga yang berunsur mistik lagi menyeramkan. Ramai di antara kita yang berfikir berkali-kali apabila dihidangkan dengan peluang untuk ke Tanah Suci. Ramai juga di antara kita yang takut untuk menjadi tetamu Allah dengan alasan tidak bersedia. Sebenarnya kita takut kerana kita telah terlalu banyak mendengar kisah negatif tentang mereka yang tidak berupaya untuk melihat kaabah, tidak mampu beribadah, kisah mereka yang jatuh sakit, ditimpa musibah atau sesat di Tanah Suci. Kisah-kisah ujian ke atas mereka yang pernah ke Tanah Suci sedikit sebanyak telah menyentap keberanian dan keyakinan kita untuk mengecap keberkatan bumi Mekah dan Madinah.

Oleh itu, ikutilah pengalaman saya yang tidak seberapanya ini agar kita semua dapat sama-sama merasa rindu dan lebih teruja untuk menjejakkan kaki ke bumi anbiya’ dan rumah Allah. Begitu sebak hati ini dan kerap-kali air mata rindu menitis ketika saya menaip kisah ini.

Kisah Pre-Haji (Sebelum Haji)

Januari 2009. Selepas mendapat tahu bahawa saya hanya akan berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun 2022, saya mula merayu kepada pihak Lembaga Tabung Haji untuk diberikan peluang menunaikan Ibadah Haji pada musim haji 2009. Saya memberikan alasan bahawa saya telah bernazar untuk ke Mekah setelah melalui pelbagai musibah Allah dalam bentuk sakit….

Klik utk baca seterusnya…

Kisah Benar – Aku, Lim dan Islam

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Saya dapat cerita ni dari email yang di forward kepada saya oleh Saudara Zaidi. Menarik kisah benar ini. So, saya nak kongsikan dengan anda semua. Baca dan ambik pengajaran yer.

Aku, Lim dan Islam
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.

Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi….

Klik utk baca seterusnya…

Pengalaman sebenar koma (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah benar, pengalaman seorang sahabat yang telah mengalami koma (kritikal & tidak sedarkan diri). Semasa beliau koma, beliau telah merasai sendiri beberapa pengalaman yang unik yang dapat dijadikan pengajaran atau iktibar untuk kita semua.

Kisah benar ini ditulis berdasarkan cerita yang telah dikongsikan oleh beliau sendiri. Bacalah dengan penuh perhatian dan ambil pengajaran daripada kisah tersebut.

———————————-

Pengalaman Koma Yang Begitu Menginsafkan.

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Klik utk baca seterusnya…

Sebuah kisah untuk para suami sebagai renungan (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Semalam, saya ada menerima sebuah tulisan yang cukup menarik yang dihantar oleh Cik Nila (alinn01@gmail.com) kepada saya untuk dikongsikan di blog ini. Saya ucapkan terima kasih atas sumbangan artikel yang bagus ini.

Tulisan ini ditujukan khusus untuk para suami sebagai renungan. Para isteri pula, jangan la ambil kesempatan pula yer.

BUAT PARA SUAMI – HARGAILAH PARA ISTERI

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,“Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu?betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah. “

kerja rumah

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.

Klik utk baca seterusnya…

Kisah segelas susu yang penuh pengajaran

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya ingin mengajak anda semua untuk membaca kisah benar di bawah ini. Anda baca dan cuba fahami apakah pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini?

Kisah segelas susu yang penuh pengajaran

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

segelas susu

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”

Klik utk baca seterusnya…

Mati itu pasti! Apa yang kita kejar atas dunia ini???

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya ingin berkongsi dengan anda sebuah lagi kisah kematian yang membuatkan saya terus berfikir, berfikir, dan befikir tentang TUJUAN dan MAKSUD HIDUP saya atas dunia ini.

Hati saya begitu terkesan dengan pesanan daripada salah seorang ulama besar India ini.

  1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama (dakwah) ;  jika tidak, kamu pun akan sibuk juga, tapi bukan dalam perkara agama.
  2. Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
  3. Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
  4. Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.

(~Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih~)

Marilah kita hayati dan ambil peringatan tentang kisah benar, kisah kematian ini. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu, PASTI AKAN MERASAI MATI!!! Persoalannya, BERSEDIAKAH KITA???

Karkuzari Jemaah Terengganu & Pelajar UMT – Husnul Khatimah di Jalan Allah


  • Bismillah-al-rahman-al-rahim..

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tubuh badan siapa yang pernah dimasuki debu di jalan Allah SWT, maka Allah SWT pasti akan mengharamkan keatasnya api neraka. (HR Musnad Ahmad, Tabrani)

Karkuzari (laporan) ini disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskankan jenazah allahyarham Muhammad Huzaifah, 21. Arwah merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

huzaifaha1

Jemaah 40 hari daripada Terengganu ini telah diputuskan di Masjid Jamek Bandar Sri Petaling untuk buat usaha dakwah & tabligh di Sandakan, Sabah. Jemaah seramai 10 orang terdiri 5 orang awam dan lima lagi lagi pelajar UMT, selamat tiba di lapangan terbang Sandakan pada hari Rabu malam Khamis, 28hb April 2010. Jemaah kemudian dihantar ke Masjid Pangeran Hj. Galpam, Batu 7 buat sementara waktu yang juga merupakan marhalah seorang daripada syura Sandakan, Hj. Mohd Zain.

Pada pagi hari Jumaat bersamaan 30hb April 2010, jemaah telah berangkat ke daerah Pamol, kawasan perladangan Kelapa Sawit terancang yang jauh jarak perjalanannya daripada bandar Sandakan sekitar dalam 150 km. Di daerah ini ada 13 buah kampung. Kebiasaannya jemaah 40 hari yang bergerak di Sandakan akan buat usaha sama ada di kawasan bandar, kepulauan sekitar, daerah-daerah kecil dan kawasan pedalaman mengikut keputusan yang telah dimesyuaratkan bersama oleh syura tempatan atas kesediaan jemaah. Memandangakan jemaah telah diputuskan ke daerah ini, kemungkinan besar juga jemaah ini akan buat usaha dakwah & tabligh di daerah berdekatan iaitu Telupid. Di daerah ini berlaku kes murtad dan beberapa rombongan jemaah daripada Semenanjung telah dihantar ke sana termasuklah jemaah daripada Batu Pahat pada akhir tahun lepas.

Klik untuk lihat Peta Pamol, Sandakan – http://goo.gl/1h4g

  • Detik-detik kematian Allahyarham..

Klik utk baca seterusnya…

Kisah Benar – Jenazah yang istimewa dan dirahmati

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Maaf sebab dah beberapa hari rasanya saya tak pedulikan blog ini. Sebenarnya ibu saya sakit dan di masukkan ke wad sejak Sabtu lepas. Jadi, kebanyakan masa saya dihabiskan di hospital la selama 2,3 hari ni. Tak sempat langsung nak ber’tenet’.

Namun, pagi ini, sebelum pergi kerja tadi, sempat juga saya curi masa untuk check email. Saya lihat dalam inbox saya ada beratus-ratus email yang masuk. Saya check satu persatu, dan mana yang sempat saya balas, saya balas.

Dalam banyak-banyak email tu, saya terbaca satu email yang dikirimkan oleh salah seorang pembaca blog PakarHowTo iaitu saudara Isam Idris (bleazapp@yahoo.com). Setelah dibuka dan dibaca email tersebut, saya dapati kandungan email itu sangat bagus dan memberikan kesan pada hati saya.

Tanpa berfikir panjang, saya terus ‘copy & paste’ kan artikel tersebut untuk bacaan para pengunjung blog ini. Semoga apa yang diceritakan ini memberikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.

Mari kita hayati kisah ini sama-sama…

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.

Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.

Klik utk baca seterusnya…

Sedih dan insaf saya membaca kisah benar ini…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Inilah realiti kehidupan di Malaysia. Masih ramai lagi orang yang susah dan miskin di Malaysia ni sebenarnya. Saya berasa sedih membaca kisah benar ini. Ia membuatkan saya insaf & merasa sangat bersyukur dengan apa yang ada.

Bacalah kisah benar dibawah ini. Semoga anda juga berasa bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang.

Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk Kekanda Sultan Perak yang mangkat, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam berturut-turut mulai malam ini.

Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami..kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.

Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.

Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah..! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.

Gambar adalah sekadar hiasan

Gambar adalah sekadar hiasan

Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah..rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site