Salam hormat kepada semua pembaca. Anda apa khabar? Maaflah, dah agak lama saya tak update blog ni. Sebenarnya saya baru balik dari Bandung, petang semalam. Hari ni, masuk office, ada beratus-ratus email yang masuk, berpuluh-puluh miss-called dan SMS. Semuanya masih belum dibalas…huhuhu
OK lah, hari ni saya nak kongsi dengan anda 1 lagi kisah sedih kehidupan berumahtangga. Kisah ini saya terima melalui email, kira-kira 5 hari lepas (semasa saya berada di Bandung).
Sebenarnya, pengirim pernah berkongsi kisah sedih beliau sebelum ini dan mendapat pelbagai respon dari pembaca blog ni.
So kiranya, kisah ini adalah sambungan kepada kisah yang sebelum ini lah. Kepada yang tak ingat kisah sebelum ini, boleh klik link di bawah ini dan baca ;
http://pakarhowto.com/masalah-rumahtangga/dilemma-isteri-bakal-dicerai-suami.html
Dilemma Isteri DiCerai Suami (Bahagian 2)
Salam..
Saya penah mendapatkan nasihat pakar dan pembaca yang lain sebelum ini dengan memaparkan cite sedih saya..alhamdullillah, dgan nasihat2 + kritikan2 yang pedas yang saya time dgn hati yang tbuka, sedikit sebanyak mbantu saya menjalani hidup dgan baik. time kasih gak di atas keprihatinan pakar serta pembaca2 setia blog ni. di sini saya ingin berkongsi dengan sume pembaca kesudahan kisah sedih saya.
Saya tetap meneruskan kehidupan saya selepas suami mengugut saya dengan lafaz cerai. saya berusaha menggunakan seluruh kudrat saya sabagai wanita dan isteri untuk menyelamatkan rumahtangga saya. dalam masa yang sama keluarga isteri pertama suami mula mengganggu hidup saya. seluruh adik beradik isteri pertama, orang tua, ipar duai mengganggu saya setiap hari. tidak mengira waktu.. mereka mengganggu saya di tempat kerja, menyerang saya di rumah saya sendiri. saya mengadu dngan suami. tp janji suami sblum menikahi saya akan terus besama saya susah dan senang, tah ke mana. dalam masa yang sama suami memburuk2kan saya untuk melepaskan diri sendiri.


















