Hari ni (Isnin 12 Dec 2011), aku cuti. Sempena birthday Sultan Selangor. Yehooo!
Selamat hari lahir yer Tuanku Sultan. Semoga tuanku panjang umur dan murah rezeki, serta dapat menjadi Sultan yang terbaik. Aamiinn. Terima kasih sudi beri kami cuti 1 hari
![]()
Disebabkan hari ni cuti, dan bini aku pulak kerja (sebab dia kerja di Kuala Lumpur, so tak cuti). Aku pun ‘bebas’ la satu hari ni, boleh buat apa saja di rumah. Hahahaha. Best best!
Apa kerja aku buat satu hari ni??
Banyak jugak la. Antaranya, layan facebook sampai nak termuntah. uwekkk…. keh keh keh
Sedang aku khusyuk layan facebook ni, aku terklik pada satu artikel @ kisah yang menarik perhatian aku. Tajuknya ialah “Kisah Benar Suami Yang Menyesal“. Disebabkan aku juga seorang suami, maka ini membuatkan aku terus membaca artikel tersebut, tanpa berlengah lagi.
Baca punya baca, aku pun tangkap ‘feeling’ la pulak. Habis meleleh air mata aku dibuatnya. huhuhu
Gambar sekadar hiasan
Disebabkan aku rasa, disebalik kisah benar ini ada mesej yang cukup penting terutamanya buat para suami semua. Tanpa ragu-ragu lagi, aku kongsikan kisah benar tersebut.
Walaupun mungkin anda dah pernah membacanya di mana-mana, tapi aku rasa tak rugi untuk baca sekali lagi kisah ini.
Terlalu banyak iktibar yang boleh kita ambil daripada kisah benar ini.
Sekian, semoga ada manfaatnya.
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

















