Pada zaman dahulu dikisahkan ada seorang lelaki yang setiap hari berkunjung menghadap raja. Lelaki tersebut bolehlah dianggap sebagai penasihat raja pada masa itu kerana beliau sering berpesan kepada tuanku raja dengan mengatakan, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan yang baik, dan orang yang berbuat buruk, maka cukuplah keburukan itu sebagai balasannya."

Melihat keakraban dan hubungan lelaki itu dengan tuanku raja, ada seseorang lelaki lain telah menyimpan perasaan hasad dengki kepada lelaki si penasihat raja itu. Pendengki itu berkata, "Lelaki itu begitu rapat sekali dengan raja. Dia menjadi penasihat raja yang disegani. Setiap hari dia dapat bertemu raja. Sedangkan aku tidak ada apa-apa. Ini tak boleh jadi. Aku mesti fikirkan sesuatu." Dia meluahkan perasaan tak puas hatinya.
Si pendengki telah mendapat idea. Dia kemudiannya telah pergi menghadap tuanku raja dan berkata, "Ampun tuanku. Izinkan patik melapurkan sesuatu. Sebenarnya lelaki yang pada setiap hari menemui tuanku itu adalah seorang penderhaka. Setelah dia menemui tuanku dan berjalan keluar dari istana, dia seringkali menceritakan hal yang buruk mengenai tuanku. Dia berkata bahawa bau mulut tuanku busuk."
Wajah sang raja menjadi merah. Tuanku raja menjadi begitu murka.
Setelah mengadu kepada sang raja, si pendengki pun keluar dari istana dan duduk di tepi jalan yang biasa dilalui oleh lelaki penasihat raja itu.
Apabila dia nampak lelaki penasihat raja itu berjalan melaluinya, si pendengki itu lalu menghalang perjalanannya. Lalu dia berkata kepada lelaki penasihat raja. "Wahai sahabat, kalau kamu tidak keberatan, marilah ikutku dan singgah ke rumahku. Aku ada membuat sedikit makanan."
Si lelaki penasihat raja menerima pelawaan pendengki itu. Lalu dia telah pergi ke rumahnya. Apabila tiba di rumah, si pendengki telah menghidangkan beberapa masakan berserta bawang merah dan putih sebagai ulamnya.

Lelaki penasihat raja makan hidangan tersebut. Termasuk bawang merah dan putih. Setelah makan, dia meminta diri untuk meneruskan perjalanan menemui tuanku raja seperti kebiasaannya.
Sampai di istana, sewaktu berjabat tangan dengan tuanku raja, lelaki penasihat itu telah menutup mulutnya kerana dia bimbang tuanku raja akan tercium bau mulutnya yang busuk (kerana makan bawang putih & merah).
"Ohhh, rupanya memang benar aduan orang itu, lelaki ini benar-benar menganggap mulutku berbau busuk," fikir tuanku raja di dalam hati.
Sang raja berasa sangat sakit hati dan murka. Baginda telah memikirkan rancangan untuk menjatuhkan hukuman atas perbuatan lelaki penasihat tadi.
Klik utk baca seterusnya…