Kisah Rumahtangga Tragis (Mesti Baca) – Part 2

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Sebelum ini, saya pernah kongsikan sebuah kisah rumahtangga yang tragis di blog ini. Kisah benar tersebut saya dapat dari salah seorang pembaca setia blog ini melalui email.

Semalam, sekali lagi, saya telah menerima email dari beliau. Email ke-2 tersebut adalah kesinambungan daripada email luahan hati beliau sebelum ini.

Banyak sekali pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah @ pengalaman beliau ini. Baca dan hayati apa yang ingin beliau cuba sampai dalam tulisan ini.


Luahan Hati Seorang Isteri

Assalamualaikum Pakar,

Terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah saya di ruangan blog pakar,saya simpati dengan pemergian emak dan ayah pakar,semoga ALLAH tempatkan mereka disisi orang-orang yang soleh.

Pakar,

Disini saya ingin berkongsi sama apa yang telah terjadi pada diri saya setelah suami saya meninggalkan saya dan setelah saya membaca komen-komen pembaca blog pakar,saya merenung dan mengkaji semula kisah-kisah silam saya,saya temui KENAPA ALLAH memberikan semua itu pada diri saya,saya terlalu hargai komen-komen dari pembaca blog pakar dan saya panjatkan doa kepada ALLAH semoga pembaca-pembaca yang memberikan komen ke atas kisah saya dilindungi ALLAH senantiasanya,hanya ALLAH yang maha kaya berikan ganjarannya pada kalian.

Pakar,

Kalau pakar tidak keberatan siarkanlah kisah ini untuk saya kongsikan kepada pembaca-pembaca lain dan menjadi tauladan kepada yang lain dalam menjalani kehidupan harian sehinggalah suatu masa kita tidak diberikan nafas lagi untuk hidup di dunia ini.

Klik utk baca seterusnya…

Blog peribadi saya – LuahanHati.Com

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Assalamualaikum. Diharapkan anda semua berada dalam keadaan  yang sihat segar bugar dan ceria sentiasa.

Pertamanya, saya minta maaf kerana blog PakarHowTo tidak dapat di ‘access’ selama 2~3 hari lepas. Ini adalah disebabkan terlalu ramai orang yang melawat blog ini menyebabkan ia jem (bandwith limit exceeded) dan tak dapat dibuka. Untuk makluman, blog ini hanya boleh menampung trafik sekitar 3,000 pelawat saja dalam sehari. Kalau lebih, memang ia tak boleh di buka.

Alhamdulillah, blog PakarHowTo ini sudah pun mempunyai pelawat lebih dari 3,000 orang dalam sehari. Dan kebanyakan pelawat datang dari enjin carian google dan yahoo.

Nampaknya, saya perlu mengeluarkan lebih kos bagi membesarkan lagi bandwith (laluan trafik/pelawat) ke blog PakarHowTo. Setakat ini, saya mengeluarkan lebih kurang RM30 sebulan bagi menambah bandwith blog Pakar.

Apa-apapun, saya mengucapkan terima kasih banyak kepada anda semua kerana sentiasa menyokong dan memberikan komen di blog ini. Sesungguhnya saya sangat hargai segala sokongan anda.

Berbalik kepada tajuk entri ini,  sebenarnya, baru-baru ini saya telah melancarkan sebuah lagi blog, yang saya namakan Blog LuahanHati.Com.

Klik Sini & Jenguklah...

www.LuahanHati.com

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site