Pengajaran daripada Sang Monyet (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Kisah ini telah di forward kepada saya oleh Saudara Azmi Yaakub (azmiyaakub@yahoo.com) untuk renungan kita bersama.

Terharu, sayu dan hiba saya apabila membaca kisah ini.

Pengajaran daripada Sang Monyet

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.


Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.



Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.

Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.


Klik utk baca seterusnya…

Sifat dengki, hanya memakan diri

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Pada zaman dahulu dikisahkan ada seorang lelaki yang setiap hari berkunjung menghadap raja. Lelaki tersebut bolehlah dianggap sebagai penasihat raja pada masa itu kerana beliau sering berpesan kepada tuanku raja dengan mengatakan, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan yang baik, dan orang yang berbuat buruk, maka cukuplah keburukan itu sebagai balasannya."

Melihat keakraban dan hubungan lelaki itu dengan tuanku raja, ada seseorang lelaki lain telah menyimpan perasaan hasad dengki kepada lelaki si penasihat raja itu. Pendengki itu berkata, "Lelaki itu begitu rapat sekali dengan raja. Dia menjadi penasihat raja yang disegani. Setiap hari dia dapat bertemu raja. Sedangkan aku tidak ada apa-apa. Ini tak boleh jadi. Aku mesti fikirkan sesuatu." Dia meluahkan perasaan tak puas hatinya.

Si pendengki telah mendapat idea. Dia kemudiannya telah pergi menghadap tuanku raja dan berkata, "Ampun tuanku. Izinkan patik melapurkan sesuatu. Sebenarnya lelaki yang pada setiap hari menemui tuanku itu adalah seorang penderhaka. Setelah dia menemui tuanku dan berjalan keluar dari istana, dia seringkali menceritakan hal yang buruk mengenai tuanku. Dia berkata bahawa bau mulut tuanku busuk."

Wajah sang raja menjadi merah. Tuanku raja menjadi begitu murka. 

Setelah mengadu kepada sang raja, si pendengki pun keluar dari istana dan duduk di tepi jalan yang biasa dilalui oleh lelaki penasihat raja itu.

Apabila dia nampak lelaki penasihat raja itu berjalan melaluinya, si pendengki itu lalu menghalang perjalanannya. Lalu dia berkata kepada lelaki penasihat raja. "Wahai sahabat, kalau kamu tidak keberatan, marilah ikutku dan singgah ke rumahku. Aku ada membuat sedikit makanan."

Si lelaki penasihat raja menerima pelawaan pendengki itu. Lalu dia telah pergi ke rumahnya. Apabila tiba di rumah, si pendengki telah menghidangkan beberapa masakan berserta  bawang merah dan putih sebagai ulamnya.

Lelaki penasihat raja makan hidangan tersebut. Termasuk bawang merah dan putih. Setelah makan, dia meminta diri untuk meneruskan perjalanan menemui tuanku raja seperti kebiasaannya. 

Sampai di istana, sewaktu berjabat tangan dengan tuanku raja, lelaki penasihat itu telah menutup mulutnya kerana dia bimbang tuanku raja akan tercium bau mulutnya yang busuk (kerana makan bawang putih & merah).

"Ohhh, rupanya memang benar aduan orang itu, lelaki ini benar-benar menganggap mulutku berbau busuk," fikir tuanku raja di dalam hati.

Sang raja berasa sangat sakit hati dan murka. Baginda telah memikirkan rancangan untuk menjatuhkan hukuman atas perbuatan lelaki penasihat tadi.

Klik utk baca seterusnya…

Contohi Ketokohan Salman al-Farisi

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya ingin bertanya, adakah anda kenal siapakah dia Salman al-Farisi? Anda pernah dengar kisah mengenainya? Atau, anda lebih mengenali siapakah itu Shahrukh Khan? Anda lebih kenal Mawi? Rosham Nor?

Realitinya, masyarakat kita hari ini lebih mengenali artis, penyanyi dan pelakon berbanding mengenali para Sahabat Nabi radhiallahuanhum serta tokoh-tokoh Islam yang lain.

Ini satu kepincangan yang tidak boleh dibiarkan. Kita sepatutnya menjadikan para sahabat dan tokoh-tokoh Islam sebagai ‘role model‘, idola dan contoh ikutan dalam kehidupan kita. Ini tidak, kita jauh lebih mengenali dan mengkagumi artis berbanding para sahabat nabi SAW.

Maka, hari ini, suka saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kisah ketokohan dan kehebatan Salman al-Farisi. Baca dan ambil lah pengajaran daripada kisah ini.

Klik utk baca seterusnya…

Kisah di suatu malam yang hening

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sungguhpun blog PakarHowTo ini dibina untuk berkongsi pelbagai info dan maklumat berguna kepada anda, namun saya rasa tak ada salahnya kalau saya selitkan juga beberapa kisah jenaka untuk ‘hiburan’ para pembaca semua, kan?

Maka dengan itu sukacitanya saya ingin berkongsi dengan anda mengenai sebuah ‘Kisah di suatu malam yang hening‘. Bacalah, semoga anda semua mendapat sedikit hiburan. ;)

Adalah dikisahkan di suatu malam yang hening. Telepon di rumah seorang pustakawan telah berdering.

“Kring kring…Kring kriiinngggg….Kring kringgg…”


  • “Hello. Maaf mengganggu encik di tengah malam begini. Saya nak tanya, pukul berapa perpustakaan akan di buka yer?” seorang pemuda di hujung talian bertanya.

“Pukul 9 pagi encik. Ada apa hal yang penting sangat, sampai encik menelefon saya tengah-tengah malam buta nie?” tanya pustakawan tadi dengan nada geram.

Klik utk baca seterusnya…

Kisah isteri hendak berlaku curang… (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya tidak pasti, adakah cerita di bawah ini merupakan cerita benar atau rekaan semata-mata? Namun, ada mesej pengajaran yang sangat penting dan wajib diberi perhatian serius oleh kita semua. Terutamanya yang sudah berumahtangga.

Bacalah dan ambil pengajaran daripadanya.

Kantoi isteri hendak berlaku curang!

Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu. Sehingga kini kami belum dikurniakan cahaya mata. Isteriku belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata kami. Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum kehadiran orang ketiga (anak).

Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang tersendiri. Dia suka melayari internet terutamanya ketika ketiadaan aku di rumah. Disamping itu dia juga suka bermain chatting. Kekadang rasa cemburu menyelinap juga di hatiku.

Pada satu waktu ( malam ) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar. Padahal aku pergi ke CC (Cyber Cafe) berhampiran rumah kami. Di sana, aku cuba mendapatkan isteriku
melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar. Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email.

Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan identiti palsu. Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui email. Foto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku. Aku
menggunakan foto temanku. Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku adalah foto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari kami berinteraksi melalui email.

Klik utk baca seterusnya…

Kisah Dakwah Si Anak Kecil

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Baca, hayati dan ambil pengajaran dari kisah di bawah ini.

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Klik utk baca seterusnya…

Kisah yang penuh pengajaran (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sama-sama lah kita membaca, merenung, bermuhasabah diri dan mengambil iktibar daripada kisah di bawah ini.

Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.

“Pakcik yang membunuhnya, ” kata seorang tua yang berada di situ. “Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati.”

Hassan yang dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidurnya, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher orang tua itu dari badan.

Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.

Klik utk baca seterusnya…

Ibu Mertua Terlampau??

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Pagi tadi (20.10.2010), saya menerima satu lagi email yang panjang dari pembaca blog PakarHowTo menceritakan masalah yang dihadapinya.

Baca dan hayati lah pengalaman yang beliau hadapi seperti di bawah ini. Setidak-tidaknya kita dapat muhasabah diri dan ambil iktibar daripadanya.

—————————————————————–

MERTUA OH MERTUA KU!

Salam untuk pakar…Semoga sentiasa sihat dibawah naungan-Nya..

Saya x tau dari mana sy harus bicarakan bait2 kata sekadar utk dijadikan pengajaran dan juga mohon pandangan dari pakar untuk masalah yg sy hadapi sekian lama ini. Bermulanya kisah sy ini bukan utk mengaibkan keluarga mertua sy. Tapi makin sy pendam makin keliru fikiran sy..

Detik pertemuan pertama sy dgn suami kira2 3 thn yg lalu di mana ketika itu msg2 tidak mpunyai apa2 prasaan sementelah msg2 mpunyai pasangan hidup. Pertemuan yg tidak dirancang bilamana sy dipertemukan oleh rakan sekerja yg menyatakan suami sy berminat utk berkenalan dgn sy. Sy menyambut baik utk sekdar berkenalan. Tidak disangka pertemuan itu seolah2 memberi daya tarikan yg menakjubkan. Baru sy tau rupanya dia ada mslh dgn pasangannya. Sy tidak megambil kesempatan diats mslh dia. Cuma jd teman. Sementelah hubungan pasang surut sy dgn bf sy. So sy ambil kputusan utk terima lamaran dia.

Sy x mengambil masa yg lama utk brsetuju mjadi tunangan dia setelah bercinta hampir sthn. Hasrat murni suami dikhabarkan kepada ibunya. Ibunya menyambut baik hasrat murni itu dan menetapkan hujung thn majlis akan diadakan, tapi pd masa yg sma dia tidak menyukai sy kerana masalah yg remeh-temeh. Kata ibunya sy ada hutang dgn bank msa sy study dlu takut anaknya akan jd pembayar hutang sy. Ibunya pula tidak berapa menyukai sy katanya dia akan hilang punca pendapatan. Untuk pengetahuan pakar suami sy menangung sedikit sebanyak perbelanjaan rumahtangga ibu nya wlaupun suami ‘baru’ dia masih muda (beza umur 10 thn dgn ibu) dan bertenaga untk menampung 2 org anak yg masih kecil ( 8 thn & 5 thn). Sampai bila suami sy akan menanggung dia anak beranak???Suami sy kerja pn cukup utk diri dia je sbg budak frozen di sebuah pasar raya. Tetapi semasa keputusan yg sy ambil utk menjadi isteri, dia telah terima tawaran kerja sbg kelasi kapal.

Klik utk baca seterusnya…

Kisah Benar – Pengalaman sebenar di Tanah Suci (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sempena musim haji ni, saya ingin berkongsi dengan anda semua satu lagi kisah benar yang sangat menarik. Baca dan ambil lah pengajaran serta iktibar daripada kisah benar ini.

Khusus buat mereka atau saudara mara yang akan pergi menunaikan haji pada tahun ini, harap dapat baca sampai habis. Di bahagian hujung artikel ada disertakan sekali beberapa tips menunaikan ibadah haji yang sangat baik untuk diamalkan. Semoga apa yang dikongsikan ini memberikan sikit sebanyak manfaat kepada kita semua.


Tujuan Perkongsian Pengalaman

Saya paparkan kisah ini bukanlah bertujuan untuk membanggakan diri mahupun untuk mendabik dada dengan anugerah yang dikurniakan Yang Maha Pencipta kepada diri yang hina ini. Hati kecil ini begitu teringin untuk berkongsi pengalaman termanis dalam hidup saya apabila telah ditunjukkan dengan bukti nyata oleh Allah akan betapa hebatnya kuasa dan kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Tujuan utama saya memaparkan kisah ini juga adalah untuk menaikkan semangat muslimin dan muslimat untuk menunaikan ibadah haji. Ramai di antara kita yang berasa gusar dan khuatir untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci kerana telah digembar-gemburkan dengan pelbagai cerita yang bukan sahaja pelik tapi benar, bahkan ada juga yang berunsur mistik lagi menyeramkan. Ramai di antara kita yang berfikir berkali-kali apabila dihidangkan dengan peluang untuk ke Tanah Suci. Ramai juga di antara kita yang takut untuk menjadi tetamu Allah dengan alasan tidak bersedia. Sebenarnya kita takut kerana kita telah terlalu banyak mendengar kisah negatif tentang mereka yang tidak berupaya untuk melihat kaabah, tidak mampu beribadah, kisah mereka yang jatuh sakit, ditimpa musibah atau sesat di Tanah Suci. Kisah-kisah ujian ke atas mereka yang pernah ke Tanah Suci sedikit sebanyak telah menyentap keberanian dan keyakinan kita untuk mengecap keberkatan bumi Mekah dan Madinah.

Oleh itu, ikutilah pengalaman saya yang tidak seberapanya ini agar kita semua dapat sama-sama merasa rindu dan lebih teruja untuk menjejakkan kaki ke bumi anbiya’ dan rumah Allah. Begitu sebak hati ini dan kerap-kali air mata rindu menitis ketika saya menaip kisah ini.

Kisah Pre-Haji (Sebelum Haji)

Januari 2009. Selepas mendapat tahu bahawa saya hanya akan berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun 2022, saya mula merayu kepada pihak Lembaga Tabung Haji untuk diberikan peluang menunaikan Ibadah Haji pada musim haji 2009. Saya memberikan alasan bahawa saya telah bernazar untuk ke Mekah setelah melalui pelbagai musibah Allah dalam bentuk sakit….

Klik utk baca seterusnya…

Kisah Benar – Aku, Lim dan Islam

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Saya dapat cerita ni dari email yang di forward kepada saya oleh Saudara Zaidi. Menarik kisah benar ini. So, saya nak kongsikan dengan anda semua. Baca dan ambik pengajaran yer.

Aku, Lim dan Islam
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.

Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi….

Klik utk baca seterusnya…

Switch to our mobile site