Kongsi artikel ni di FBHari ni (Isnin 12 Dec 2011), aku cuti. Sempena birthday Sultan Selangor. Yehooo!
Selamat hari lahir yer Tuanku Sultan. Semoga tuanku panjang umur dan murah rezeki, serta dapat menjadi Sultan yang terbaik. Aamiinn. Terima kasih sudi beri kami cuti 1 hari
Disebabkan hari ni cuti, dan bini aku pulak kerja (sebab dia kerja di Kuala Lumpur, so tak cuti). Aku pun ‘bebas’ la satu hari ni, boleh buat apa saja di rumah. Hahahaha. Best best!
Apa kerja aku buat satu hari ni??
Banyak jugak la. Antaranya, layan facebook sampai nak termuntah. uwekkk…. keh keh keh
Sedang aku khusyuk layan facebook ni, aku terklik pada satu artikel @ kisah yang menarik perhatian aku. Tajuknya ialah “Kisah Benar Suami Yang Menyesal“. Disebabkan aku juga seorang suami, maka ini membuatkan aku terus membaca artikel tersebut, tanpa berlengah lagi.
Baca punya baca, aku pun tangkap ‘feeling’ la pulak. Habis meleleh air mata aku dibuatnya. huhuhu
 Gambar sekadar hiasan
Disebabkan aku rasa, disebalik kisah benar ini ada mesej yang cukup penting terutamanya buat para suami semua. Tanpa ragu-ragu lagi, aku kongsikan kisah benar tersebut.
Walaupun mungkin anda dah pernah membacanya di mana-mana, tapi aku rasa tak rugi untuk baca sekali lagi kisah ini.
Terlalu banyak iktibar yang boleh kita ambil daripada kisah benar ini.
Sekian, semoga ada manfaatnya.

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: ambil iktibar, ciri-ciri isteri solehah, isteri solehah, isteri yang baik, isteri yang solehah, kaunseling rumahtangga, Kisah Benar, kisah pengajaran, kisah suami isteri, kisah suami yang menyesal, kisah teladan, kisah yang menyentuh hati, panduan hidup berumahtangga, rumahtangga bahagia, saling harga menghargai, suami isteri, suami menyesal, suami yang menyesal
Kongsi artikel ni di FBSaya nak kongsikan dengan anda sebuah ebook PERCUMA. Ebook ini ada 66 Muka Surat. Ia merupakan Kisah Benar : Bagaimana Aku Telah DiGanggu Oleh JIN.

Ebook ini sangat menarik. Bila anda mula membacanya, terasa sukar untuk berhenti. Rasa tak sabar nak habiskan bacaan.
Antara yang diceritakan dalam ebook ini ialah :
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: aku kena tipu, ayat pendinding, diganggu jin, gangguan jin, kena tipu, kes kena tipu, kes penipuan, kes tipu, Kisah Benar, kisah benar diganggu jin, koleksi kisah benar, lihat hantu, nampak hantu
Kongsi artikel ni di FBHari ni saya rasa nak kongsi 1 cerita la. Saya dapat cerita ni dari facebook abang saya.
Please enjoy the story yaa.
 cucu dan neneknya
Kisah Cucu Dan Neneknya
Pada satu hari yang hening, sang cucu bergegas ke rumah neneknya. Dan dengan nafas yang tercungap-cungap dan suara yang bergetar, sang cucu bersuara…
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: akibat ketagih facebook, bahana facebook, bahaya facebook, cerita kelakar, kelakar dan lawak, ketagih facebook, Kisah Benar, kisah cucu dan nenek, kisah jenaka, kisah lawak, kisah lucu, koleksi cerita kelakar, koleksi cerita lawak, lawak jenaka, lucu
Kongsi artikel ni di FBSalam hormat kepada semua pembaca. Anda apa khabar? Maaflah, dah agak lama saya tak update blog ni. Sebenarnya saya baru balik dari Bandung, petang semalam. Hari ni, masuk office, ada beratus-ratus email yang masuk, berpuluh-puluh miss-called dan SMS. Semuanya masih belum dibalas…huhuhu
OK lah, hari ni saya nak kongsi dengan anda 1 lagi kisah sedih kehidupan berumahtangga. Kisah ini saya terima melalui email, kira-kira 5 hari lepas (semasa saya berada di Bandung).
Sebenarnya, pengirim pernah berkongsi kisah sedih beliau sebelum ini dan mendapat pelbagai respon dari pembaca blog ni.

So kiranya, kisah ini adalah sambungan kepada kisah yang sebelum ini lah. Kepada yang tak ingat kisah sebelum ini, boleh klik link di bawah ini dan baca ;
http://pakarhowto.com/masalah-rumahtangga/dilemma-isteri-bakal-dicerai-suami.html

Dilemma Isteri DiCerai Suami (Bahagian 2)
Salam..
Saya penah mendapatkan nasihat pakar dan pembaca yang lain sebelum ini dengan memaparkan cite sedih saya..alhamdullillah, dgan nasihat2 + kritikan2 yang pedas yang saya time dgn hati yang tbuka, sedikit sebanyak mbantu saya menjalani hidup dgan baik. time kasih gak di atas keprihatinan pakar serta pembaca2 setia blog ni. di sini saya ingin berkongsi dengan sume pembaca kesudahan kisah sedih saya.
Saya tetap meneruskan kehidupan saya selepas suami mengugut saya dengan lafaz cerai. saya berusaha menggunakan seluruh kudrat saya sabagai wanita dan isteri untuk menyelamatkan rumahtangga saya. dalam masa yang sama keluarga isteri pertama suami mula mengganggu hidup saya. seluruh adik beradik isteri pertama, orang tua, ipar duai mengganggu saya setiap hari. tidak mengira waktu.. mereka mengganggu saya di tempat kerja, menyerang saya di rumah saya sendiri. saya mengadu dngan suami. tp janji suami sblum menikahi saya akan terus besama saya susah dan senang, tah ke mana. dalam masa yang sama suami memburuk2kan saya untuk melepaskan diri sendiri.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: aduan masalah rumahtangga, cerai, dicerai suami, dilemma isteri, dilemma isteri dicerai suami, hidup bermadu, hidup berpoligami, isteri dimadukan, kaunseling rumahtangga, Kisah Benar, kisah perceraian, kisah sedih, main kayu tiga, masalah kehidupan, masalah poligami, Masalah Rumahtangga, menangani masalah rumahtangga, perceraian, ujian hidup
Kongsi artikel ni di FBPernahkah anda kena tipu (terutamanya yang melibatkan duit @ wang @ RM) dengan sesiapa? Selama anda hidup, berapa kali kah anda ditipu?

Setakat ini, berapakah jumlah terbesar atau terbanyak (RM) anda pernah kena tipu?
Percayakah anda kalau saya katakan, baru-baru ini saya kena tipu sebanyak lebih RM200 ribu ?
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: ciri-ciri penipu, ditipu, ditipu rakan, identiti penipu, kena tipu, kena tipu duit, kes ditipu, kes kena tipu, kes penipuan, kes penipuan internet, kes polis, kes tipu, Kisah Benar, pendedahan kisah benar, penipu, penipu besar, pernah kena tipu, siapa penipu
Kongsi artikel ni di FBSaya ingin berpesan kepada diri saya dan anda semua agar berhati-hati dengan panggilan PALSU @ panggilan PENIPU seperti yang diceritakan dalam catatan di bawah ini.
Beringatlah sebelum terkena.
Semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang malapetaka yang tidak diduga. Aaminn.

Assalamualaikum & salam sejahtera…
Perhatian kepada rakan-rakan, baru sebentar tadi saya dihubungi oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai STEVEN CHONG dari AEON Credit Service Center KL no telefon 03-20267949.
Lelaki ini menyatakan bahawa saya mempunyai tunggakan kad kredit AEON MASTER GOLD CARD bernombor 5460 7500 4870 1840 sebanyak RM9760.00yang melakukan transaksi di Sentosa Casion S’pore pada 22/6/2011.

Saya mengatakan bahawa saya tidak mempunyai kad kredit seperti yang dinyatakan & menyatakan mungkin maklumat saya sudah dicuri. Dia meminta saya menghubungi Bank Negara Unit Pengurusan Kad Palsu di no talian 03-27727300.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: berhati-hati dengan penipu, fraud call, jenayah kad kredit, kisah bagaimana kena tipu, Kisah Benar, kisah benar kena tipu, lapor penipuan, laporan polis, melaporkan penipuan, panggilan fraud, panggilan penipu, panggilan telefon dari penipu, pengalaman kena tipu, penyalahgunaan kad kredit, tipu kad kredit
Kongsi artikel ni di FBHati dan emosi saya begitu tersentuh membaca kisah di bawah ini….
Subhaanallah… Semoga Allah memberkati dan melimpahkan rahmatNYA kepada budak di dalam kisah ini dan seluruh ahli keluarganya. Aamiiinnn…

KISAH YANG MENYENTUH EMOSI

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: berusaha sebaik mungkin, cerita teladan, emosi tersentuh, hati tersentuh, highway plus, Kisah Benar, kisah budak penjual kuih, kisah dihentian R&R, kisah pengajaran, kisah sedih, kisah si penjual kuih, kisah teladan, kisah yang menyentuh emosi, kisah yang menyentuh hati, manjadda wajada, siapa berusaha dia berjaya, tulang empat kerat
Kongsi artikel ni di FBAdakah anda masih mempunyai ibu dan ayah? Adakah anda benar-benar menyayangi mereka? Apa bukti cinta anda kepada mereka? Adakah anda sudah cuba sebaik mungkin untuk berbakti kepada mereka? Sudah terbalaskah jasa mereka selama ini? (Soalnya, mampukah kita untuk membalas jasa-jasa mereka??)
Apa-apapun, beruntunglah bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah yang masih hidup.
Saya sudah kehilangan kedua-dua orang tua saya. Ibu saya telah kembali ke Rahmatullah pada 23 Nov 2010. Dan 4 bulan kemudiannya iaitu pada 24 Mac 2011, abah saya pula menyusuli ibu. Ketika ini, hanya Allah yang tahu betapa rindunya saya kepada mereka. (al-Faatihah untuk mereka. Semoga Allah ampunkan dan rahmati mereka. Semoga mereka bahagia di taman syurga sana. Amin)
 Arwah ayah dan ibu saya bersama cucu-cucunya
Dalam entri hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 1 catatan luahan rasa dari seorang anak yang terluka dengan sikap ayahnya. Pengirim @ penulis catatan ini ialah salah seorang pembaca setia blog PakarHowTo. Beliau meminta untuk dikongsikan pengalaman beliau agar kita semua dapat mengambil iktibar, pengajaran, teladan @ sempadan dalam perhubungan kita dengan kedua orang tua kita.
Saya dah baca luahan hati beliau dan banyak perkara yang saya dapat belajar dan ambil iktibar. Walaupun ibu dan ayah kandung saya sudah tiada, tapi saya masih ada ibu dan bapa mertua yang perlu saya hormat dan layani dengan sebaik mungkin. Setidak-tidaknya catatan luahan rasa ini dapat saya jadikan peringatan dan muhasabah diri.
Baca dan cubalah hayati catatan pengalaman dibawah ini (walaupun panjang). Semoga anda dan kita semua mendapat sikit sebanyak manfaat kisah ini.

Luahan hati seorang anak yang terluka
Ass’kum dan salam sejahtera drpd saya untuk semua, dengan sentiasa memohon kepada illahi agar dilimpah kurnia rahmatnya supaya hidup ini sentiasa di jalan yang benar dan juga memohon kepada illahi agar sentiasa diberikan rasa keredhaan dengan apa yang terjadi/berlaku.
Pada sekalian sekali lagi ingin saya mencoret rasa hati yang terluka yang telah dipendamkan disepanjang menjalani kehidupan ini. Rasa kesedihan, kepiluan dan kekecewaan yang amat sangat dan terkini ia membara lagi. Tapi membaranya benar benar mencabar keimanan. Biarpun usia telahpun melepasi 40an tetapi rasa kesedihan dan kekecewaan itu tetap disimpan dengan kemas dan herharap ia berkubur tanpa nisan. Tetapi tanpa diduga ia kembali membara dan mencabar keimanan.

Ayah jatuh sakit lagi, kali ini agak lama terlantar di hospital. Jika sebelumnya hanya 1-2 hari dan tidak memerlukan pengawasan yang rapi, tetapi kali ini ayah benar-benar tidak mampu mengurus dirinya, untuk mengangkat tangan pun tidak mampu apa lagi lah untuk berjalan. Kami adik beradik dan ibu bekerjasama dalam menjaga ayah walaupun masing masing telah berkeluarga dan bekerja. Kami tetapkan giliran untuk memastikan ayah berada dalam keadaan selesa.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: abah mak, anak yang terluka, ayah sakit, hubungan anak dengan bapa, ibu ayah, kasih ayah, kasih ibu, Kisah Benar, kisah teladan, kongsi pengalaman, Luahan Hati, luahan rasa, mak ayah, meluahkan perasaan, menjaga ayah sakit, tanggungjawab anak, tanggungjawab ibu bapa, tempat meluahkan perasaan, terluka perasaan
Kongsi artikel ni di FBSaya terima cerita ini melalui email dari seorang rakan. Kelakor jugek. Saya kongsikan dengan anda semua. Untuk hiburan dikala keboringan. Bacalah…
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.

Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya ;
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: cerita hantu, cerita kelakar, cerita lawak, cerita lucu, gelak ketawa, hantu menggigil, kelakar dan lucu, Kisah Benar, kisah hantu, kisah hantu menggigil, kisah lawak, kisah lucu, lawak jenaka, sekadar hiburan
Seorang sahabat saya (Faizal) telah forward 1 artikel yang cukup memberikan kesan pada hati saya. Saya kongsikan dengan anda.
Kesimpulan yang boleh saya dapat daripada artikel ini ialah, JANGAN SEKALI-KALI KITA MENGANIAYA atau MENJATUHKAN MARUAH ORANG LAIN.

Sebab, dosa menganiaya orang lain tidak akan terampun selagimana dia (orang yang teraniaya itu) memaafkan kesalahan kita.

“Aida & Ina, Tolonglah maafkan aku.”
Pada 14 tahun yang lalu, saya adalah penuntut IPTA di selatan tanah air.
Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah.
Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan.
Saya ada tujuh orang kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri dari saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: dosa besar, dosa kepada manusia, dosa memburukkan orang lain, dosa menganiaya orang lain, dosa mengata orang lain, dosa mengumpat, dosa sesama manusia, jatuh air muka, jatuh maruah, Kisah Benar, kisah pengajaran, memalukan orang, membuka pekung orang lain, mengaibkan orang lain, menjatuhkan maruah orang lain, minta ampun pada Allah
|
Komen Terbaru