Saya sangat suka berbual dan berbincang dengan kawan-kawan saya tentang pelbagai perkara. Terutamanya tentang politik dan masalah-masalah ummat akhir zaman.
Yer lah, apabila berbincang dengan ramai orang. Bukan semua pendapat dan pandangan kita tu akan sama dengan orang lain. Apabila berlakunya pertembungan pendapat, maka kematangan dan sifat berlapang dada adalah sangat penting.
Saya pernah beberapa kali juga bertegang leher dan bertengkar dengan kawan-kawan saya tentang beberapa isu. Namun, Alhamdulillah, oleh kerana kami masing-masing boleh berlapang dada dan menerima perbezaan pendapat yang timbul, hubungan kami masih sangat baik. Malah, sehingga ke hari ini, kami kadang-kadang akan berjumpa di kedai mamak untuk berbincang serta bertukar-tukar pendapat mengenai pelbagai perkara dan isu semasa.

Pada pendapat saya, dalam hal yang berkaitan dengan perkara agama terutamanya, maka adalah LEBIH BAIK kita MENDIAMKAN DIRI sekiranya kita tidak arif tentangnya. Jangan sekali-kali cuba berdebat mengenai sesuatu yang kita tidak tahu dan tidak pasti. Takut nanti, kita berbalah sesama sendiri, sedangkan kita sebenarnya jahil mengenainya.
Kelmarin, ada seorang sahabat saya ada mengirimkan 1 artikel yang sangat baik untuk kita sama-sama baca dan ambil peringatan mengenainya. Artikel tersebut adalah mengenai “Panduan Berbeza Pendapat Mengenai Sesuatu Masalah Agama”
Bacalah dan sama-sama lah kita mengambil pengajaran daripadanya.














