Semalam kita dikejutkan dengan kematian Ustaz Asri Ibrahim (Vokalis Kumpulan Nasyid Rabbani). Pagi ini pula saya dimaklumkan ibu saudara kepada sahabat saya pula telah kembali menemui ALLAH SWT disebabkan barah buah pinggang.

Pendek kata, setiap masa dan ketika, tak kira tua atau muda, ada saja orang meninggal dunia. Sesungguhnya berita-berita kematian ini sepatutnya menjadi peringatan yang besar kepada kita untuk lebih beriman dan bertakwa kepadaNYA.

ALLAH SWT telah berfirman mengingatkan kita dalam Surah Ali ‘Imran ayat 185, yang bermaksud “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan di masukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

Tidak cukupkah lagi peringatan dan amaran yang ALLAH berikan kepada kita tu? Tidak insafkah kita dengan berita-berita kematian yang kita dengar saban hari?

Apakah bekalan yang kita bawa sesudah kematian??

Apakah bekalan yang kita bawa sesudah kematian??

Sahabat-sahabatku, MATI ITU PASTI. Kita boleh mati bila-bila masa saja. Esok? Lusa? Beberapa minit lagi? Mati tidak mengenal usia tua atau muda, miskin atau kaya. Yang sihat atau sakit. Yang bekerja atau sedang belajar. Bila tiba masa kita, Malaikat Maut pasti menjelma dan merentap nyawa kita. Tatkala itu, kalau kita nak menjerit melolong minta tangguhkah saat kematian kita pun sudah tidak berguna lagi.

Klik utk baca seterusnya…