2 hari lepas, saya ada menerima email dari salah seorang pembaca setia blog pakar. Biarlah saya rahsiakan namanya atas sebab2 tertentu.

Berikut ini saya kongsikan masalah beliau. Mungkin ada kawan-kawan di luar sana yang sudi berkongsi pendapat dan pengalaman bagi menangani masalah beliau ini, kami sangat2 mengalu-alukannya…

Salam…

Saya ingin mengutarakan masalah yang sedang saya alami. Sebagai pengenalan, saya kini telah pun bertunang dan Disember ini saya akan bergelar seorang isteri.

Kemusykilan saya berpunca dari sikap tunang yang makin hari makin saya tidak faham. Hubungan kami sering tegang. Tunang saya cepat marah dan sukar untuk mengakui kesilapan dirinya. Jika saya merajuk dia tidak akan memujuk sebaliknya marah pada saya. Alasan untuk tidak dia memujuk kononnya dia jenis yang tidak pandai memujuk.

Klik utk baca seterusnya…