Kisah isteri hendak berlaku curang… (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya tidak pasti, adakah cerita di bawah ini merupakan cerita benar atau rekaan semata-mata? Namun, ada mesej pengajaran yang sangat penting dan wajib diberi perhatian serius oleh kita semua. Terutamanya yang sudah berumahtangga.

Bacalah dan ambil pengajaran daripadanya.

Kantoi isteri hendak berlaku curang!

Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu. Sehingga kini kami belum dikurniakan cahaya mata. Isteriku belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata kami. Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum kehadiran orang ketiga (anak).

Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang tersendiri. Dia suka melayari internet terutamanya ketika ketiadaan aku di rumah. Disamping itu dia juga suka bermain chatting. Kekadang rasa cemburu menyelinap juga di hatiku.

Pada satu waktu ( malam ) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar. Padahal aku pergi ke CC (Cyber Cafe) berhampiran rumah kami. Di sana, aku cuba mendapatkan isteriku
melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar. Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email.

Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan identiti palsu. Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui email. Foto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku. Aku
menggunakan foto temanku. Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku adalah foto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari kami berinteraksi melalui email.

Klik utk baca seterusnya…

Panduan cara untuk unsubscribe email

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Ada beberapa orang pembaca setia blog pakar menghantar email pada saya meminta supaya memberikan panduan bagaimana untuk ‘daftar keluar’ atau ‘unsubscribe’ daripada mailing list blog-blog yang mereka daftar.

Ada juga beberapa orang yang meminta saya mengeluarkan email mereka dari senarai mailing list atau newsletter pakarhowto. Mereka meminta saya melakukannya bagi pihak mereka, sedangkan saya sangat sibuk. Maaf, saya tak dapat nak tunaikan permintaan anda.

Namun, sebenarnya anda boleh mendaftar keluar atau ‘unsubscribe’ dari mailing list saya dengan sangat mudah (jika anda mahu). Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa saja dan hanya dengan 1 klik saja anda dah boleh stop daripada menerima email / newsletter saya.

Jadi, tak usahlah menghantar email pada saya meminta supaya email anda dikeluarkan dari mailing list. Sebab anda boleh buat sendiri dengan sangat mudah.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site