Assalamualaikum dan salam hormat saya ucapkan buat semua pembaca blog PakarHowTo. Saya doakan semoga anda semua sihat dan ceria bahagia sentiasa.

Dikesempatan ini juga, walaupun agak terlewat, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua. Semoga kita semua dapat beribadah sebanyak mungkin dan mendapat maghfirah (keampunan) dan rahmat daripada Allah Ta’ala.

Sebelum saya memanjang tulisan saya ini, terlebih dahulu, saya nak minta ampun maaf lah kepada anda semua kerana telah hampir 2 bulan saya menyepikan diri dari dunia internet/blogging ni.

Kepada yang menelefon, menghantar SMS, menulis komen di blog dan menghantar email bertanyakan macam-macam pada saya, saya ucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan anda. Dan saya minta maaf awal-awal sebab membiarkan email/sms anda tidak berjawab sejak sekian lamanya.

“Ke mana PakarHowTo menghilang?” , “Apa dah jadi dengan PakarHowTo?”, “Kenapa blog PakarHowTo asyik tak boleh acces jer?”, “Masalah Bandwith Exceeded tu apa yer?”, “PakarHowTo dah tak minat berblogging lagi ker?”, “PakarHowTo ada masalah ker?”

Klik utk baca seterusnya…