10 tips bagaimana anda boleh menjadi pasangan yang baik

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Masih ramai yang menghantar email (pakarhowto@gmail.com) kepada saya mengadu pelbagai macam masalah.

Antara yang paling banyak aduan diterima ialah mengenai permasalahan rumahtangga @ perhubungan suami isteri @ pakwe makwe.

Suka saya highlight kan di sini bahawa, perkara PALING PENTING (pada pendapat saya) untuk mengekalkan keharmonian sesuatu perhubungan ialah PERASAAN KASIH SAYANG, SALING FAHAM MEMAHAMI dan SIKAP TOLERANSI (BERTOLAK ANSUR) antara sesama pasangan.

Persoalannya, adakah kita sudah mempraktikkan apa yang kita tahu?

Berikut ini, saya kongsikan 10 lagi tips bagaimana untuk menjadi pasangan yang baik kepada pasangan anda.

Klik utk baca seterusnya…

Pengajaran daripada Sang Monyet (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Kisah ini telah di forward kepada saya oleh Saudara Azmi Yaakub (azmiyaakub@yahoo.com) untuk renungan kita bersama.

Terharu, sayu dan hiba saya apabila membaca kisah ini.

Pengajaran daripada Sang Monyet

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.


Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.



Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.

Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.


Klik utk baca seterusnya…

Sayangkah ibu dan ayah kepada kita?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Salam semua. Maaf, saya tak dapat nak update blog selalu sekarang ni sebab kena jaga baby yang baru lahir. Kepada yang masih belum tahu, isteri saya baru saja melahirkan anak pertama kami (baby boy) petang Jumaat (21/Mei/2010) lepas kira-kira jam 4.50 petang. Alhamdulillah akhirnya saya menjadi bapa juga setelah menunggu hampir 3 tahun.

Nah ni saya attach satu gambar baby kami yang masih belum diberikan nama.

baby-aku
3 jam selepas lahir

3 jam selepas lahir

OK lah, cukup cerita mengenai saya. Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu tulisan yang dikirimkan oleh salah seorang pembaca setia blog ini iaitu Arenif Arenifzaza (arenifzaza@yahoo.com). Berikut ini adalah hasil tulisan beliau.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site