Luahan hati seorang anak yang terluka

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Adakah anda masih mempunyai ibu dan ayah? Adakah anda benar-benar menyayangi mereka? Apa bukti cinta anda kepada mereka? Adakah anda sudah cuba sebaik mungkin untuk berbakti kepada mereka? Sudah terbalaskah jasa mereka selama ini? (Soalnya, mampukah kita untuk membalas jasa-jasa mereka??)

Apa-apapun, beruntunglah bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah yang masih hidup.

Saya sudah kehilangan kedua-dua orang tua saya. Ibu saya telah kembali ke Rahmatullah pada 23 Nov 2010. Dan 4 bulan kemudiannya iaitu pada 24 Mac 2011, abah saya pula menyusuli ibu. Ketika ini, hanya Allah yang tahu betapa rindunya saya kepada mereka. (al-Faatihah untuk mereka. Semoga Allah ampunkan dan rahmati mereka. Semoga mereka bahagia di taman syurga sana. Amin)

Arwah ayah dan ibu saya bersama cucu-cucunya

Arwah ayah dan ibu saya bersama cucu-cucunya

Dalam entri hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 1 catatan luahan rasa dari seorang anak yang terluka dengan sikap ayahnya. Pengirim @ penulis catatan ini ialah salah seorang pembaca setia blog PakarHowTo. Beliau meminta untuk dikongsikan pengalaman beliau agar kita semua dapat mengambil iktibar, pengajaran, teladan @ sempadan dalam perhubungan kita dengan kedua orang tua kita.

Saya dah baca luahan hati beliau dan banyak perkara yang saya dapat belajar dan ambil iktibar. Walaupun ibu dan ayah kandung saya sudah tiada, tapi saya masih ada ibu dan bapa mertua yang perlu saya hormat dan layani dengan sebaik mungkin. Setidak-tidaknya catatan luahan rasa ini dapat saya jadikan peringatan dan muhasabah diri.

Baca dan cubalah hayati catatan pengalaman dibawah ini (walaupun panjang). Semoga anda dan kita semua mendapat sikit sebanyak manfaat kisah ini.

Luahan hati seorang anak yang terluka

Ass’kum dan salam sejahtera drpd saya untuk semua, dengan sentiasa memohon kepada illahi agar dilimpah kurnia rahmatnya supaya hidup ini sentiasa di jalan yang benar dan juga memohon kepada illahi agar sentiasa diberikan rasa keredhaan dengan apa yang terjadi/berlaku.

Pada sekalian sekali lagi ingin saya mencoret rasa hati yang terluka yang telah dipendamkan disepanjang menjalani kehidupan ini. Rasa kesedihan, kepiluan dan kekecewaan yang amat sangat dan terkini ia membara lagi. Tapi membaranya benar benar mencabar keimanan. Biarpun usia telahpun melepasi 40an tetapi rasa kesedihan dan kekecewaan itu tetap disimpan dengan kemas dan herharap ia berkubur tanpa nisan. Tetapi tanpa diduga ia kembali membara dan mencabar keimanan.

Ayah jatuh sakit lagi, kali ini agak lama terlantar di hospital. Jika sebelumnya hanya 1-2 hari dan tidak memerlukan pengawasan yang rapi, tetapi kali ini ayah benar-benar tidak mampu mengurus dirinya, untuk mengangkat tangan pun tidak mampu apa lagi lah untuk berjalan. Kami adik beradik dan ibu bekerjasama dalam menjaga ayah walaupun masing masing telah berkeluarga dan bekerja. Kami tetapkan giliran untuk memastikan ayah berada dalam keadaan selesa.

Klik utk baca seterusnya…

Kasih ibu tiada tolok bandingnya (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Tolong baca kisah ini sampai habis. Ada mesej penting yang perlu kita sama-sama ambil perhatian!

Kasih ibu memang tiada tolok bandingnya…

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Klik utk baca seterusnya…

Bohong Sunat, boleh ker?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Assalamualaikum para pembaca semua. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari. Kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan selawat ke atas nabi SAW, khususnya pada hari Jumaat ini.

Jadi, marilah kita berselawat bersama-sama.

Pada hari Jumaat begini, biasanya saya akan kongsikan artikel mengenai agama. Tapi hari ni, saya tak sempat nak mencari bahan.

Kebetulan kawan saya (Saudara Faizal) ada forward ’1 kisah untuk pengajaran’ semalam. Jadi, saya kongsikan kisah tersebut tu jer lah yer.

Begini ceritanya….

Seorang Ayah menelefon anaknya yang berada di London :

“Nak, Abah tak nak rosakkan mood kau hari ini..tapi abahterpaksa juga beritahu yang mak dan abah hendak bercerai..setelah 35 tahun perkahwinan. Keputusan ini amat berat sekali.”

“Abah..!!apa yang abah cakapkan ni..!!??”, Jerit anaknya.

“Kami dah bosan hidup berdua, abah sudah bosan tgk muka mak kau,mak pun da bosan tgk muka abah..kami pun sudah boring bercakap…” keluh si ayah.

“Engkau tolong call kakak dekat australia dan tolong beritahu pasal benda ni..” , sambung si ayah.

Klik utk baca seterusnya…

Pengajaran daripada Sang Monyet (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Kisah ini telah di forward kepada saya oleh Saudara Azmi Yaakub (azmiyaakub@yahoo.com) untuk renungan kita bersama.

Terharu, sayu dan hiba saya apabila membaca kisah ini.

Pengajaran daripada Sang Monyet

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.


Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.



Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.

Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.


Klik utk baca seterusnya…

Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

  • Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Klik utk baca seterusnya…

Meleleh air mataku apabila baca cerita ini…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sejak akhir-akhir ni banyak betul cerita yang menyentuh hati yang saya terima dari pembaca setia blog ini. Semalam, saya menerima 1 lagi cerita @ kisah benar yang betul-betul membuatkan air mata saya meleleh keluar.

Saya memangis mungkin sebab membayangkan penulis adalah diri saya. Saya baca kisah ini sambil mengenangkan ibu saya yang disahkan menghidap kanser baru-baru ini. Aduhh…memang betul-betul membuatkan hati saya begitu tersentuh dan tak keruan…

Bacalah kisah di bawah ini dengan penuh penghayatan…

Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .

Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.

Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.

Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja. Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.

Klik utk baca seterusnya…

Ibu Mithali, Ibu Sejati

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,
telah terkalung pingat “Ibu Mithali”. Tangan kanannya menggenggam erat
satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

“Sekarang …,” suara pengacara majlis bergema kembali, “Tibalah kita
kepada penerima anugerah “Ibu Mithali” yang terakhir. Penerima ini agak
lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan
Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk
tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. ”

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat
itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis
berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik
ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang
kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka
dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai
sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang
penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

‘Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang
akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang
menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.’

Klik utk baca seterusnya…

Cerpen : Kasih Seorang Anak, Kekecewaan Seorang Insan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Berikut ini saya kongsikan sebuah cerpen hasil tulisan salah seorang pembaca setia blog pakar. Bacalah, semoga kita mendapat sedikit sebanyak manfaat daripadanya.

Kasih Seorang Anak, Kekecewaan Seorang Insan

Kedengaran panggilan haji berkumandang didalam tv juga radio, ramai orang kampung ku yang mendaftar dengan Tabung Haji dapat menunaikan haji tahun ini, sayu kedengaran sedih pun ku rasa gembira pun ku rasa apabila dapat menumpang kegembiraan jiran-jiran yang akan ke tanah suci.

Dalam ceritaku kali ini, sebuah keluarga ku tumpang simpati, apakan daya hendakku tolong ku pun kurang upaya.

Ku menulis ini bukan kerana nama, ku bercerita bukan menghina tapi ku menulis untuk kita sama-sama renungkan…..luahan Muaz kepada ku…………….sebagai jiran dan kawan karib.

Ia bermula apabila…………Pak Su ke Tabung Haji,

Lapang benar dada Pak su bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
dibuat,”beritahu pegawai itu lagi.

“Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Su.
Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

“Jah… oo..Jah!” teriak Pak Su sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Jah.

” Ada berita baik ni Jah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar
betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, ” cerita Pak Su dengan wajah berseri-seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.”

“Betullah Jah oii… saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-
lewatnya minggu depan.”

“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu
pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Jah merenung gusar wajah suaminya.
“Alah Jah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.”

Wajah Pak Su semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua
orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

“Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding,”cadang Pak su.

“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Jah tidak bersetuju dengan rancangan Pak su.

“Jah… Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Jah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Su, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

“Tapi bang?… “

Klik utk baca seterusnya…

Cerpen : Jubah Buat Ibu

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sebuah lagi cerpen berunsur pendidikan untuk bacaan anda. Walaupun agak panjang, namun kisah ini mempunyai banyak pengajaran yang dapat kita pelajari. AWAS! Sediakan tisu sebelum baca…..huhu

Jubah Buat Ibu

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. ” Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site