Suami tak pernah berubah, isteri tertekan! Siapa boleh bantu?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Semalam (16 Jan 2011), ada seorang isteri mengadu masalah yang beliau hadapi dengan suaminya.

Dia kata, tiada lagi kebahagian dalam rumahtangganya! Apa patut dia buat?

Berikut ini adalah kandungan email yang beliau hantarkan kepada saya. Harap anda dapat berikan pendapat. Terima kasih.


Suami tak pernah berubah, isteri tertekan! Siapa boleh bantu?

Saya amat memerlukan nasihat atau tunjuk ajar. Saya dah tak tahan dengan sikap suami saya yang amat mementingkan diri sendiri. Saya dah cuba cakap baik-baik dan pernah juga cakap kurang baik dengannya, Tapi apa yang saya dapat tetap sama. Umur suami dah 40 tahun, manakala saya baru 32 tahun.

Apa yang saya nak cuma sikit iaitu bahagi masa untuk keluarga. Bila dia kat rumah dia asik tak selesa, terlalu nak kan kesempurnaan, rumah langsung tak boleh semak. Saya ni bukanlah pengotor, tapi kalau nasi sebiji jatuh pun dah bising, siapa boleh tahan??

Suami saya cina, Saya melayu. Memang komunikasi kami adakala tak seiring, Kami macam langit dengan bumi, Dia nak saya jadi orang bodoh kat rumah, saya ikut saja. Nak berkawan pun dia tak suka. Kalau kawan datang rumah lagi dia tak suka, Saya boleh berbulan-bulan tak keluar rumah tak apa. Dia, tiap-tiap hari keluar jumpa kawan. Kadang-kadang pukul 3 atau 5 pagi baru balik, tak ada siapa boleh larang dia,

Bila saya tanya, dia cakap saya nak cari gaduh. Saya tak boleh nak buka mulut langsung. Keluarga saya, dia langsung tak suka.

Dulu dia tak mcm ni, Janji dengan mak saya nak jaga saya dengan anak-anak saya. Saya janda dan dia duda. Kami kawin pun sebab anak-anak saya. Dia janji nak jaga baik-baik. Yaa, saya akui memang dia jaga, tapi saya ni, dia biar gersang jer. Sebulan lebih dia tak sentuh pun saya. Masa saya pregnant 9 bulan, boleh kira dengan 5 jari jer dia menyentuh saya. Dia boleh kata saya hodoh masa pregnant. Kami tak tinggal Sekali masa saya pregnant, Tuhan saja yang tahu betapa peritnya hidup saya masa tu. Minta belas simpati pada jiran-jiran kalau perlu bantuan.

Klik utk baca seterusnya…

Bagaimana menasihati anak,suami atau isteri agar tidak degil

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana caranya?

Begini…

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun – ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site