As- Salam untuk semua Suri ucapkan semoga kalian berada dalam keadaan sihat hendaknya. Erm, bagi yang kurang sihat tu segeralah dapatkan rawatan dengan segera yer. Harus diingat jumpa pada doktor yang pakar sahaja yea.
Ooops!!
Sepatutnya artikel ini di hidangkan pada hari sidang Jumaat tapi memandangkan hari Khamis Suri bercuti nak balik Melaka so terpaksalah ia dikeluarkan lebih awal sedikit. hehe..bukan apa Suri takut tak dapat fokus pada artikel dan kerja di pejabat kelak.
Dikesempatan ini memandangkan cuti sekolah telah bermula jadi post kali ini Suri bentangkan panduan untuk anda menghadiri majlis atau kenduri kahwin yang bakal anda kunjungi kelak..
Seperti yang diketahui umum pelbagai aktiviti kemasyarakatan dilakukan terutama majlis perkahwinan, kenduri-kendara, kesyukuran, majlis pertunangan, kenduri tahlil, kenduri berkhatan, kenduri cukur jambul, kenduri naik rumah dan sebagainya. Jika disebut tentang majlis atau kenduri, sudah semestinya kita akan terbayang suasana masyarakat yang akan datang dan berkumpul untuk satu tujuan iaitu menerima jemputan tuan rumah dan meraikannya..
Pada kebiasannya kenduri itu juga dikaitkan dengan makan-makan. Ia menjadi tarikan tetamu untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah.















