Semalam, saya ada menerima 1 lagi email dari pembaca setia blog ini, meminta pandangan mengenai masalah percintaan dia dengan suami orang.
Saya rasa para pembaca blog ini, kebanyakannya cukup matang dan ada banyak pengalaman. Jadi, saya berharap anda dapat memberikan pandangan @ komen (walau sepatah dua) mengenai masalah yang dikongsikan ini.
![]()
Bercinta dengan suami orang, salah kah?
Salam,
Saya perlukan pendapat, nasihat mengenai masalah saya. Saya betul-betul buntu dan perlukan bantuan.
Setahun lebih yang lepas saya berkenalan dengan seorang lelaki di pejabat. Sejak awal lagi dia menunjukkan minat kepada saya. Kami berkawan, berkenalan seperti biasa. Kemudian saya mendapat tahu yang dia sudah berkahwin. So, saya tetapkan batas pada diri sendiri bahawa saya takkan berlebih-lebih dengan lelaki ni. Namun semakin hari dia cuba berkongsi masalah rumahtangganya dengan saya. Saya tak ambil berat sangat pun cuma bagi nasihat serba sedikit. Lagipun saya pun belum berkahwin. Apa la yang saya tahu mengenai kehidupan berumah tangga.














