Anda mudah berasa BOSAN? Tak tahu macammana nak kurangkan rasa bosan? Cuba baca 5 tips yang saya kongsikan di bawah tu. Mungkin dengan melakukan tips tersebut mampu mengurangkan rasa bosan anda. Siapa tahu kan? Tak cuba tak tahu…

- Tips 1 : Mulakan hari anda dengan positif
Bagaimana untuk jadi positif? Untuk jadi positif, minda anda dulu mesti dipositifkan. Maksudnya, anda tak boleh berfikiran negatif. Tanamkan betul-betul dalam hati dan minda anda bahawa anda adalah seorang yang sentiasa berfikiran positif. Lawan semua perasaan bosan dan moody anda. Usah terlalu ikutkan perasaan. Jika anda berasa bosan, cuba senaraikan apakah yang menyebabkan anda bosan. Apabila anda senaraikan, anda akan dapati bahawa, sebenarnya TIADA SEBAB untuk anda berasa bosan. Jadi kenapa nak membosankan diri??
- Tips 2 : Buka mata, buka minda dan buka hati
Jangan kecilkan ruang lingkup pemandangan dan pemikiran anda. Cuba ajar diri untuk lebih menghargai masa dan persekitaran anda. Buka mata seluas-luasnya, lihat persekitaran dengan penuh rasa kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Lihatlah lagak manusia yang pelbagai, lihat haiwan-haiwan yang bermacam jenis, lihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan menyegarkan, lihat bangunan-bangunan yang hebat dan mencakar langit, lihatlah alam ciptaan Tuhan yang maha hebat itu. Bukankah semua itu sangat unik dan menghiburkan? Rasailah kemeriahan alam, syukuri apa yang ada dan nikmatilah hidup ini.














