Maaf, sejak kebelakangan ini saya jarang update blog ini. Biasalah, alasannya ialah tak lain dan tak bukan, sebab saya sangat sibuk.
Ada orang persoalkan,
“Alah, orang lain pun sibuk gak. Orang lain pun ada banyak kerja gak. Tapi masih boleh lagi update blog. Masih boleh lagi layan email dan komen-komen pembaca blog. Tapi ko?? Sibuk jer memanjang.”
Kepada yang berkenaan, sepuluh jari saya susun, mohon ampun maaf atas kelemahan saya itu. Saya mengaku, saya memang jarang balas komen atau email yang dikirimkan pada saya. Saya minta maaf. Bukanlah niat saya untuk berlagak sombong atau apa. Cuma, saya ada banyak lagi tugasan atau perkara lain yang perlu saya utamakan.
Apa-apa pun, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda 1 ilmu yang saya dapat semalam. Ia adalah berkenaan dengan rahsia murah rezeki, hidup lebih tenang dan penyelesai masalah.
Semalam, saya singgah di masjid Taman Desa, Jalan Kelang Lama untuk solat maghrib. Kebetulan ada seorang ustaz memberikan pengajian tentang ‘fadhilat & kelebihan istighfar’.
Menurut ustaz yang memberikan ceramah itu (maaf, saya tak tahu siapa nama ustaz tersebut), ada 1 rahsia atau amalan yang boleh dilakukan supaya hidup kita jadi lebih tenang, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amalan ini beliau dapat dari tok guru beliau iaitu mufti Pulau Pinang.
Apakah amalan atau rahsia supaya hidup jadi lebih tenang, dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan itu? Senang saja amalannya. Cuma kita saja yang nak amal? Atau MALAS beramal?
Rahsia dan amalannya ialah ;