Pesanan Penting Buat Bakal Isteri (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Hujung minggu depan kita akan masuk musim cuti sekolah. Apabila cuti sekolah, aktiviti yang paling glamer, selain dari BERKHATAN @ BERSUNAT ialah KENDURI KAHWIN lah.

Termasuk adik no. 8 saya (salah seorang krew blog ini) iaitu Cikgu Masri, juga akan menamatkan zaman bujangnya pada 26 November 2011 ini.

cikgu masri

Cikgu Masri

Kepada mereka yang bakal berkahwin, saya tujukan artikel ini khusus buat anda.

Tapi sebenarnya, yang dah kahwin dan beranak pinak pun MESTI baca artikel ini untuk manfaat bersama.

Pesanan Penting Buat Bakal Isteri

Klik utk baca seterusnya…

Isteri tawar hati dengan suami, apa patut dibuat?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Berikut ini saya kongsikan 1 lagi email aduan masalah rumahtangga yang saya terima pada bulan 3 yang lalu. Baru kini dapat saya kongsikan dengan anda semua.

Kepada yang menghantar email dan bertanya tu, saya susun sepuluh jari memohon maaf atas keterlewatan saya berkongsi masalah anda di sini. Sorry yer.

Harap-harap, ramai lah para pembaca semua yang akan bagi komen @ pandangan @ kongsi pengalaman berkenaan dengan isu ini.

Isteri tawar hati dengan suami, apa patut dibuat?

Assalamualaikum PakarHowTo.

Saya telah baca ‘kisah rumahtangga paling tragis pernah saya terima‘. Setelah saya baca saya andaikan kisah tersebut bila diterbalikkan akan menjadi kisah pada hidup saya pula.

Mungkin saya kah yang masih tidak sedar diuntung atau genuine kah sikap dan perasaan saya menipu diri sendiri dengan berpura-pura masih menyayangi suami.

Kisah saya bermula begini :

Saya telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai 4 cahaya mata berusia 21 hingga 6 tahun. Sepanjang perkahwinan saya amat ikhlas dan tiada apa-apa rahsia untuk suami saya sembunyikan. Namun suami mempunyai banyak rahsia peribadi yang saya tidak ketahui, tapi saya redha walaupun suami tidak mahu menceritakannya demi kebaikan rumahtangga saya.

Perkahwinan saya adalah juga bermakna saya berkahwin dengan keluarga dan saudara-maranya. Tahun ke 2 perkahwinan adik2 ipar saya mula menunjukkan rasa ketidaksenangan di atas kemewahan yang suami berikan pada saya.

Untuk pengetahuan saya masih tidak tahu berapa pendapatan suami sebenarnya kerana suami bekerja dalam syarikat terunggul di Malaysia yang mempunyai gaji 5 angka. Saya juga bekerja di sektor kerajaan berpendapatan sederhana. 5 tahun perkahwinan saya masih tidak punya barang kemas atau mendapat apa-apa hadiah di hari lahir dan ulang tahun perkahwinan. Mungkin pada ketika itu saya benar2 ikhlas dan tidak pandai meminta2 pada suami.

Klik utk baca seterusnya…

Pesanan buat suami – Jika isteri menangis…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya rasa ramai yang dah baca artikel ini kat mana-mana. Tapi saya tetap nak berkongsi kerana ianya bagus untuk renungan para suami khususnya.

Setidak-tidaknya ia menjadi peringatan dan muhasabah buat diri ku.

Wahai para suami, bacalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada…

Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat.”


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .

Wahai suami2…
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai suami2…
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site