Selamat Hari Raya Aidilfitri (2010)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Assalamualaikum.

Tinggal 2 hari saja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal pula menjelma.

Kami di PakarHowTo ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog ini.

Semoga dengan pemergian Ramadhan dan kedatangan Syawal kali ini, maka Allah memberikan keampunan, rahmat dan keredhoanNya kepada kita semua, insyaAllah.

Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua pembaca sekiranya terdapat mana-mana artikel dan tulisan kami di blog ini yang mengguriskan perasaan atau menyakiti anda semua.

Klik utk baca seterusnya…

Persiapan raya : Perabis duit atau buat duit?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hari ini sudah masuk hari ke-6 puasa. Bagaimana dengan puasa anda? Ibadah pula macammana? Ada peningkatan? Atau sama saja macam hari-hari biasa?

Amat rugilah kalau kita tak mengambil peluang melipat gandakan ibadah kita dalam bulan Ramadhan ini. Sebab Allah dah janji, pahala bagi setiap amalan kita dalam bulan Ramadhan akan digandakan sehingga berlipat kali ganda. Kalau kita nilaikan pahala tu macam duit, kalau hari-hari biasa kita dapat RM10 setiap 1 amalan, tapi dalam bulan Ramadhan, ianya boleh menjadi RM100 setiap amalan. Bukankah untung besar tu? Tidakkan rugi kalau kita tak rebut peluang ni??

OK, itu satu perkara. Lagi satu perkara ialah mengenai persiapan untuk hari raya. Saya tahu, walaupun kita berpuasa belum sampai 10 hari lagi, tapi ramai diantara kita dah pun bersiap-siap untuk berhari raya. Malah ada kawan-kawan saya yang sudah menempah baju raya, sebulan sebelum berpuasa. Dan ada juga yang mula mempromosikan kuih raya sebelum puasa lagi.

Dalam entri kali ini, saya ingin membawa para pembaca semua untuk berfikir tentang persiapan raya dan perancangan keewangan sempena hari raya yang bakal menjelma kira-kira 3 minggu lagi.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site