Isteri saya ada ‘penyakit’ malas atau tak semangat untuk bekerja. Nak-nak pula selepas bercuti panjang. Dia sering mengadu pada saya. Kenapa dia selalu tak bersemangat untuk bekerja? Kenapa bila tiba pagi Isnin, badan terasa begitu lemah dan tak bermaya? Tiada ke tips yang boleh diamalkan bagi mengubati ‘penyakit’ malas ini?
Yaa, memang kebanyakan daripada kita mengalami masalah ini sebenarnya. Ramai diantara kita yang masih terbawa mood bercuti sehingga rasa malas untuk bekerja semula.
Baiklah, bagi membantu mereka yang ada masalah tak semangat untuk bekerja setelah bercuti panjang terutamanya. Maka, dalam post kali ini, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda praktikkan untuk membangkitkan semula semangat bekerja setelah lama bercuti.















