Tips Bagaimana Untuk Mengenalpasti Laman Web Yang Menipu

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Pernah tak anda menerima SPAM email seperti di bawah ini? Apa tindakan anda jika anda menerima email sebegini? Adakah anda akan terpengaruh dengan iklan yang dibuat dalam email tersebut? Atau anda terus delete email itu tanpa membacanya?

Contoh-contoh  ayat yang digunakan dalam SPAM email yang menipu…

“BARU LANCAR 20/1/2009
RM10 untuk Perniagaan Online Anda
100 % komisyen milik anda
Terus ke akaun bank anda
Modal RENDAH
Tiada multi level”

“MODAL RM 50 JE,TAPI BOLEH DAPAT RM 51,900″

Contoh Kandungan Email Spam

Contoh Kandungan Email Spam

Kalau saya terima email macam kat atas tu, senang jer, saya memang akan terus delete jer kalau dapat. Sebab email ini adalah email yang tidak diundang. Mereka menghantar email ini secara rambang semborono tanpa mendapat keizinan tuan empunya email yang dihantar. Itulah dinamakan SPAM email.

Bagi saya, siapa yang membuat promosi dengan cara menghantar SPAM email tu adalah SANGAT TIDAK BERETIKA. Malah kebanyakan SPAM email yang saya terima banyak mempromosikan web-web yang menipu orang dan skim-skim cepat kaya. Saya harap anda semua tidak tertipu dengan skim-skim yang dipromosikan dalam SPAM email.

Baiklah, dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang sangat baik daripada rakan Cyber saya iaitu Saudara Amirol Zolkifli mengenai kisah sepupu beliau yang tertipu dengan skim cepat kaya dan Tips Bagaimana Untuk Mengenalpasti Laman Web Yang Menipu.

Klik utk baca seterusnya…

Panduan cara untuk unsubscribe email

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Ada beberapa orang pembaca setia blog pakar menghantar email pada saya meminta supaya memberikan panduan bagaimana untuk ‘daftar keluar’ atau ‘unsubscribe’ daripada mailing list blog-blog yang mereka daftar.

Ada juga beberapa orang yang meminta saya mengeluarkan email mereka dari senarai mailing list atau newsletter pakarhowto. Mereka meminta saya melakukannya bagi pihak mereka, sedangkan saya sangat sibuk. Maaf, saya tak dapat nak tunaikan permintaan anda.

Namun, sebenarnya anda boleh mendaftar keluar atau ‘unsubscribe’ dari mailing list saya dengan sangat mudah (jika anda mahu). Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa saja dan hanya dengan 1 klik saja anda dah boleh stop daripada menerima email / newsletter saya.

Jadi, tak usahlah menghantar email pada saya meminta supaya email anda dikeluarkan dari mailing list. Sebab anda boleh buat sendiri dengan sangat mudah.

Klik utk baca seterusnya…

|
This page is copy protected

Switch to our mobile site