Seorang sahabat saya (Faizal) telah forward 1 artikel yang cukup memberikan kesan pada hati saya. Saya kongsikan dengan anda.
Kesimpulan yang boleh saya dapat daripada artikel ini ialah, JANGAN SEKALI-KALI KITA MENGANIAYA atau MENJATUHKAN MARUAH ORANG LAIN.
Sebab, dosa menganiaya orang lain tidak akan terampun selagimana dia (orang yang teraniaya itu) memaafkan kesalahan kita.
![]()
“Aida & Ina, Tolonglah maafkan aku.”
Pada 14 tahun yang lalu, saya adalah penuntut IPTA di selatan tanah air.
Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah.
Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan.
Saya ada tujuh orang kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri dari saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan.















