Tips Dan Petua Untuk Mudah Mengandung

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, saya ada menerima 1 email dari salah seorang pembaca setia blog pakarhowto ini.

Dalam email nya kepada saya, beliau telah berkongsi tentang tips dan petua bagaimana untuk mudah mengandung. Beliau menulis berdasarkan pengalaman sebenar beliau. Jadi saya rasa, adalah sangat wajar jika saya dapat berkongsi apa yang beliau kongsikan ini dengan anda semua.

Bilelah kita nak dapat anak ni??? huhu

Bilelah kita nak dapat anak ni??? huhu

Semoga apa yang dikongsikan ini, dapat sikit sebanyak memberikan panduan kepada mereka yang sedang berusaha untuk mendapat anak.

Berikut adalah kandungan email yang saya terima dari beliau.

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Mudah Hamil Vs Senang Hamil : Ulasan Saya

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya ada kongsikan beberapa keping gambar ‘Family Gathering’ keluarga Pakar yang telah diadakan di Lata Lembik, Raub, baru-baru ini. Jika ingin melihat gambar2 tersebut, sila ke halaman Album Pakar.

Pada 18 Mei lepas, saya ada membuat 1 post memberitahu mengenai ebook panduan untuk senang hamil yang dikeluarkan oleh salah seorang rakan cyber saya iaitu Puan Fatina Aziz. Klik sini untuk membaca post saya tentang “Panduan Mudah Mengandung” tersebut.

Dan semalam, seorang lagi kawan saya iaitu Saudara Hariri @ Abu Jarir telah melancarka ebook panduan rahsia mudah hamil beliau. Klik sini untuk ke laman web rahsia mudah hamil.

Sejak saya membuat post pemberitahuan tentang ebook senang hamil oleh Puan Fatina tu, saya telah menerima banyak email bertanyakan kepada saya tentang isi kandungan ebook tersebut. Ada juga orang komplen pada saya, kenapa ebook tu mahal sangat? Ada juga yang siap minta diskaun pada saya untuk beli ebook tu. huhu

Klik utk baca seterusnya…

Panduan Cara Kira Waktu Subur

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sebelum ini saya ada berkongsi beberapa artikel tentang tips dan panduan kehamilan, cara untuk cepat mengandung, petua mudah mengandung, cara kira waktu subur, artikel tentang kitaran haid, dan segala macam permasalah tentang mengandung dan kehamilan di dalam blog ini.

Sejak dari hari itu, saya telah menerima beratus-ratus email dari para pembaca yang bertanyakan bermacam-macam soalan kepada saya.

Mereka ajukan pelbagai soalan seolah-olah saya ni adalah pakar sakit puan pula. Hakikatnya saya ni orang biasa saja. Lelaki pulak tu. Manalah saya tau sangat tentang hal-hal kesuburan dan kehamilan ni. huhu…

Paling banyak saya terima email adalah yang bertanyakan tentang bagaimana untuk mengira waktu subur. Ramai diantara mereka yang meminta saya tolong kirakan bilakah waktu subur mereka. Sedangkan sebelum ini, saya dah kongsikan 1 artikel di blog ini yang menerangkan bagaimanakah nak buat kiraan waktu subur. Namun, mereka tetap terus menghantar email kepada saya dan meminta saya tolong kirakan waktu subur mereka.

Klik utk baca seterusnya…

Petua Untuk Mengandung

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.
Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas
iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan
nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.

Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:

  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;

Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).

|

Switch to our mobile site