Nampaknya ramai juga kawan-kawan saya yang akan menduduki exam PTD Gred 41 pada hari Sabtu (10/Apr/2010) ini. Ada yang menelefon saya semata-mata mahu mendapatkan tips dan panduan bagaimana menghadapi exam ini. Ada juga yang menghantar email meminta sample soalan exam PTD.
“Alahai sahabat, aku pun baru ‘first time’ ambik exam ni. Macammanalah aku nak bagi tips kat ko pulak. huhu”
Itulah yang mampu saya katakan kepada kawan yang menelefon saya tempohari.
Namun, untuk tidak mengecewakannya, saya berjanji padanya untuk mendapatkan tips dan panduan bagaimana menghadapi exam PTD ini daripada Saudara Riza Zuhri (sahabat karib saya). Saudara Riza ni telah berjaya lulus (dengan cemerlang?) exam PTD ni, dan pada hari Isnin 5/Apr/2010 lepas beliau telah mula bertugas di Putrajaya sebagai PTD.

Berikut adalah beberapa tips yang saya dapatkan daripada beliau tentang bagaimana untuk berjaya dalam exam PTD (Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41) ini.
- 1. Baca buku Malaysia Kita (Wajib)
Kalau siapa yang tiada buku tu, kena la keluar modal sikit dan beli. Pergilah ke mana-mana kedai buku dan dapatkannya. Kemudian, pulun lah baca buku ‘Malaysia Kita’ tu.
Kalau nak baca setiap muka surat, mungkin memang dah tak sempat kot. Sebab exam PTD hari Sabtu ni. Jadi, anda cuba belek mana-mana yang dirasakan penting, dan yang anda rasa anda memang betul-betul tak tahu.
Bacalah selagi mampu dan cubalah ingat fakta-fakta penting.
- 2. Ambil tahu isu semasa (isu nasional dan dasar-dasar kerajaan)
Ini penting. Cara paling mudah (bagi saya la) untuk dapatkan maklumat tentang isu semasa ialah tanya orang. Bertanyalah kepada kawan-kawan, sedara mara ker tentang isu-isu hangat masa kini. Minta pendapat mereka tentang isu yang diperkatakan. Tapi pastikan anda dapatkan fakta yang tepat dan relevan.
- 3. Datang awal ke tempat peperiksaan
Sila pastikan juga anda datang awal ke tempat peperiksaan. Ini penting juga. Kita tak mahu, disebabkan kita terlewat, kita jadi gelabah dan tergopoh gapah. Yang penting, kita kena tenang dan tak kalut semasa menduduki peperiksaan ini.
- 4. Isi maklumat diri pada kertas OMR dengan pantas
Biasanya sebelum exam dimulakan, akan ada ketua pengawas peperiksaan memberikan penerangan. Jangan hiraukan dia. Sebab apa yang diterangkan tu perkara-perkara biasa yang memang kita dah tahu. Gunakan masa dia berikan penerangan itu untuk mengisi maklumat diri serta hitamkan butiran diri pada kertas OMR supaya anda ada masa lebih apabila exam dimulakan nanti.
Klik utk baca seterusnya…