Exam PTD 10 September 2011

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Maaf, artikel hari ini saya tujukan khusus buat para pembaca blog ini yang akan mengambil Exam PTD pada 10 Sep 2011 ini.

Oleh sebab ramai yang tak tahu macammana nak cari artikel-artikel lama yang ada dalam blog ini mengenai exam PTD, berikut ini saya senaraikan untuk anda.

Sekian, harap ini artikel-artikel yang kami kongsikan ini membantu anda untuk berjaya dalam Exam PTD tu nanti.

Jika anda ada adik-beradik, saudara mara, sepupu sepapat, jiran, rakan taulan atau sesiapa saja yang anda kenal yang akan mengambil peperiksaan PTD ini pada 10 September nanti, bolehlah kongsikan artikel tersebut dengan mereka sebagai rujukan mereka.

Saya berdoa semoga anda berjaya. All the best!

InsyaAllah yakin boleh! :)

Semakan Result Exam PTD Gred 41

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Alhamdulillah, keputusan exam PTD yang ditunggu-tunggu telah keluar hari ini. Sekiranya anda adalah salah seorang calon yang menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 pada bulan April 2010 lepas, anda boleh buat semakan melalui laman web SPA sekarang :) Keputusan telah diumumkan hari ini, sedikit lewat daripada jadual asal.

Anda boleh semak keputusannya di sini.

Klik Sini untuk buat semakan ‘Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41‘ sekarang!

Saya dah check result saya. Dan keputusannya, Alhamdulillah syukur banyak-banyak pada Allah. Saya berjaya LULUS pada peringkat kali ini!

result

Beberapa kawan saya pula agak malang kerana mereka gagal. Ada yang bertanya kepada saya, apa rahsia saya berjaya lulus?

Klik utk baca seterusnya…

Tips Untuk Berjaya Dalam Exam PTD

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Nampaknya ramai juga kawan-kawan saya yang akan menduduki exam PTD Gred 41 pada hari Sabtu (10/Apr/2010) ini. Ada yang menelefon saya semata-mata mahu mendapatkan tips dan panduan bagaimana menghadapi exam ini. Ada juga yang menghantar email meminta sample soalan exam PTD.

“Alahai sahabat, aku pun baru ‘first time’ ambik exam ni. Macammanalah aku nak bagi tips kat ko pulak. huhu”

Itulah yang mampu saya katakan kepada kawan yang menelefon saya tempohari.

Namun, untuk tidak mengecewakannya, saya berjanji padanya untuk mendapatkan tips dan panduan bagaimana menghadapi exam PTD ini daripada Saudara Riza Zuhri (sahabat karib saya). Saudara Riza ni telah berjaya lulus (dengan cemerlang?) exam PTD ni, dan pada hari Isnin 5/Apr/2010 lepas beliau telah mula bertugas di Putrajaya sebagai PTD.

Berikut adalah beberapa tips yang saya dapatkan daripada beliau tentang bagaimana untuk berjaya dalam exam PTD (Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41) ini.

  • 1. Baca buku Malaysia Kita (Wajib)

Kalau siapa yang tiada buku tu, kena la keluar modal sikit dan beli. Pergilah ke mana-mana kedai buku dan dapatkannya. Kemudian, pulun lah baca buku ‘Malaysia Kita’ tu.

Kalau nak baca setiap muka surat, mungkin memang dah tak sempat kot. Sebab exam PTD hari Sabtu ni. Jadi, anda cuba belek mana-mana yang dirasakan penting, dan yang anda rasa anda memang betul-betul tak tahu.

Bacalah selagi mampu dan cubalah ingat fakta-fakta penting.

  • 2. Ambil tahu isu semasa (isu nasional dan dasar-dasar kerajaan)

Ini penting. Cara paling mudah (bagi saya la) untuk dapatkan maklumat tentang isu semasa ialah tanya orang. Bertanyalah kepada kawan-kawan, sedara mara ker tentang isu-isu hangat masa kini. Minta pendapat mereka tentang isu yang diperkatakan. Tapi pastikan anda dapatkan fakta yang tepat dan relevan.

  • 3. Datang awal ke tempat peperiksaan

Sila pastikan juga anda datang awal ke tempat peperiksaan. Ini penting juga. Kita tak mahu, disebabkan kita terlewat, kita jadi gelabah dan tergopoh gapah. Yang penting, kita kena tenang dan tak kalut semasa menduduki peperiksaan ini.

  • 4. Isi maklumat diri pada kertas OMR dengan pantas

Biasanya sebelum exam dimulakan, akan ada ketua pengawas peperiksaan memberikan penerangan. Jangan hiraukan dia. Sebab apa yang diterangkan tu perkara-perkara biasa yang memang kita dah tahu. Gunakan masa dia berikan penerangan itu untuk mengisi maklumat diri serta hitamkan butiran diri pada kertas OMR supaya anda ada masa lebih apabila exam dimulakan nanti.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site