Cara untuk wujudkan rasa cinta kepada Allah, Rasulullah, Diri Sendiri dan Sesama Muslim

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Sekarang ini ramai orang berasa dirinya tidak bahagia. Mengapa tidak bahagia? Salah satu sebabnya ialah hilangnya rasa CINTA.

Ramai orang sekarang ini sudah tidak merasai CINTA ILAHI, sudah juga tidak lagi merasai CINTA RASULULLAH, hatta sudah tidak lagi merasai CINTA KEPADA DIRI SENDIRI. Apatah lagi CINTA KEPADA SESAMA MUSLIM.

Apabila rasa-rasa cinta ini hilang, jiwa kita akan merasa kosong dan kering. Maka hilanglah rasa bahagia.

Dalam entri kali ini, saya nak berkongsi dengan anda 1 cara mudah untuk mewujudkan @ menyuburkan kembali rasa cinta kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, Diri Sendiri dan Sesama Muslim.

Ianya sangat penting untuk kita amalkan agar hidup kita dipenuhi rasa cinta ini dan menikmati hidup yang lebih tenang dan bahagia.

Cubalah amalkan dengan istiqamah.

Klik utk baca seterusnya…

5 Tips Bagaimana Untuk Menjaga Hubungan Dalam Berpasangan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Salam Aidilfitri buat semua pembaca yang dihormati. Maaflah sebab 2~3 hari ni saya tak dapat nak update blog ini dan balas komen-komen bernas anda. Saya kurang sihat sikit sekarang ni (demam dan batuk). Habis 1 keluarga saya (isteri + anak) down. Tambahan pula isteri saya sekarang tengah mabuk (bukan mabuk disebabkan arak yer, tapi mabuk disebabkan buatan orang…huhu). Memang cabaran juga dibuatnya melayan karenah orang tengah mabuk ni…

Sejak akhir-akhir ni, saya dapat banyak juga email yang mengadu pelbagai masalah terutamanya masalah keluarga. Saya minta maaf banyak-banyaklah kepada anda yang menghantar email tu. Saya betul-betul tak ada kesempatan untuk menjawab semua persoalan yang dilontarkan.

InsyaAllah, kalau saya dah sihat sikit dan ada masa lapang nanti, saya akan reply email-email anda yer. Harap maklum.

Baiklah, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 5 tips bagaimana untuk menjaga hubungan dalam berpasangan. Tips-tips ini mestilah diamalkan agar keharmonian sesuatu perhubungan dapat dipertahankan.

5 tips bagaimana untuk menjaga hubungan :

Klik utk baca seterusnya…

61 tanda cinta semakin pudar (Cuba Check)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Berikut ini saya kongsikan tanda-tanda cinta yang semakin pudar dan telah dipenghujungnya. Kalau korang punya pasangan ada menunjukkan ciri-ciri @ tanda-tanda seperti dibawah ini. Itu maknanya perhubungan korang dalam tahap bahaya dan harus berhati-hati. Kerana cinta itu bakal punah….

Cuba check…

  1. Malas angkat telefon
  2. Mula bagi macam-macam alasan
  3. Buat buat macam-macam hal
  4. Asyik-asyik cakap malas, malas, malas…
  5. Bila ajak keluar, asyik-asyik kata dia busy, sibuk memanjang
  6. Mula keluar dating dengan pakaian yg selebet
  7. Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati
  8. Bila tanya soalan, dia tak jawab & biarkan soalan tergantung tak bertali
  9. Lupa hari jadi
  10. Mula mengelakkan diri dari berjumpa
  11. Mula keluar dengan orang lain Klik utk baca seterusnya…

10 Sifat Wanita Yang Perlu Lelaki Faham

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya, apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?

Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.

Klik utk baca seterusnya…

Tanda-tanda kita sudah jatuh cinta

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Pagi tadi, saya terbaca 1 artikel menarik tulisan Ustaz Zaharudin. Artikel tersebut adalah berkaitan dengan CINTA. Saya kongsikan sikit beberapa info berguna dari artikel tersebut.

Menurut Ibn Hazm, cinta itu sulit dihuraikan. Namun ada beberapa tanda seseorang yang telah jatuh cinta, iaitu (Sila rujuk Tuq al-Hamamah) :-

Pertama :
Kecanduan memandang orang yang dikasihi. atau apa sahaja barang kepunyaannya lalu menginatkan kepada pemiliknya. Itu sahaja sudah sebuah nikmat.

Kedua :
Segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk dekatnya dan mendekatinya.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site