Kisah segelas susu yang penuh pengajaran

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya ingin mengajak anda semua untuk membaca kisah benar di bawah ini. Anda baca dan cuba fahami apakah pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini?

Kisah segelas susu yang penuh pengajaran

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

segelas susu

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”

Klik utk baca seterusnya…

Kisah ‘Mak’ yang hilang…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang aku ‘cover line’ klik fesbuk sikit-sikit, Mamat mundar mandir belakang aku dengan muka kusut masai.

Dari tadi aku tengok Mamat macam hilang punca. Berlegar-legar di dalam pejabat. Muka macam ada masalah besar.

“Ko kenapa ni Mamat?”

Aku tanya demi meminta kepastian. Aku dengan Mamat ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari aku dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.

Dia baru setahun kerja dengan kompeni aku. Sebelum masuk sini, Mamat banyak handle bisnes sendiri tapi dia selalu rugi.

MAK aku hilang la…”, Mamat berbisik perlahan.

mak aku hilang laa

"mak aku hilang laa"

Aku punyala terperanjat!!

“Hah, mak ko hilang? Bior betul. Bila hilang?”. Dada aku tiba-tiba mengepam keluar masuk laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

“Petang semalam…dah cari merata, tapi tak jumpa la”.

Mamat berlalu meninggalkan aku dengan muka yang begitu suram, berjalan menuju ke bahagian budak-budak human resource.

Aku tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Aku nak tanya lebih-lebih kang, risau pulak takut kena ‘tiaw’ dengan dia.Maklumlah orang tengah serabut.

Apa yang aku tahu sikit-sikit, mak dia memang duduk rumah, tak kerja. Ayah dia kerja sebagai Penolong Kanan, lagi 2~3 tahun dah nak pencen.

Klik utk baca seterusnya…

Air Mata Di Malam Pertama

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Untuk mereka yang meminati cerpen, maka kami kongsikan cerita di bawah. Ia sebuah cerpen yang agak panjang. Namun, berbaloi untuk membacanya.

Air Mata Di Malam Pertama

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

“Ana dah jadi isteri!” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

“Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan.

Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

“Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

“Sayang.!” Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.

Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.

“Abang..!” Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.

“Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”

Bisikku perlahan.

Klik utk baca seterusnya…

Mulianya hati seorang anak (syahdu…)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Mulai dari hari ini, pakarhowto akan juga menyajikan cerpen-cerpen dan kisah-kisah menarik dalam blog ini. Mungkin juga nanti akan diselitkan cerita-cerita lucu dan artikel yang berbentuk sedikit ‘hiburan’ agar blog ini akan terus hidup dan meriah adanya…

Diharapkan kepada mereka yang diluar sana tu, sekiranya mempunyai sebarang tulisan, cerita dan kisah yang ingin dikongsikan, sila hantarkan email kepada saya di pakarhowto@gmail.com

Sekarang mari kita hayati cerpen di bawah ini. Mungkin ada ramai yang dah baca, tapi cubalah baca lagi sekali. Anda pasti akan menemukan mesej dan pengajaran berguna daripadanya…

Mulianya hati seorang anak

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia Dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi Pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi TU. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah.

“Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong in bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik in Pah, nampaknya hajat Kita nak ke Mekah tahun in akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi Kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah TU dah melambai-lambai,”
Cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-Seri.

“Betul ke in bang? Baru semalam is Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak Ada dalam senarai.”

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site