Hari ni saya nak kongsi 1 cerita. Geli hati juga bila membaca cerita begini. Satu tips macammana nak berasa seronok dan terhibur membaca cerita begini ialah ;
- Anda mesti MENGHAYATI jalan ceritanya dan cuba untuk MEMBAYANGKAN keadaan itu.

Seronok gak kadang-kadang layan cerita camni…. Tapi boleh terima ker logik cerita dibawah ini?
Anda baca dan nilaikanlah sendiri. Apa-apapun, ENJOY THE STORY kay ~
al-Kisah tentang TAUFIK dan DIAN
Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai. Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”. Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
Cikgu Ajoi :
“Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.
Taufik :
“Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).
Cikgu Ajoi :
“Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”














