12 Sikap yang perlu ada pada seorang mukmin (MESTI Baca!)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Alhamdullilah, kawan saya di facebook ada berkongsi satu artikel yang saya kira sangat bagus dan bermanfaat. Walaupun mungkin agak sedikit panjang, tapi ia sangat penting dan berguna buat kita semua. Marilah kita sama-sama mengambil manfaat daripada artikel ini.

mukminah

12 Sikap yang perlu ada pada seorang mukmin

  • (1.) Sikap orang mukmin dengan Allah

ALLAH sangat dibesarkannya, melalui ibadah sembahyang,zikir, membaca Al Quran, tasbih dan tahmid. Rasa bertuhan sangat mendalam hingga terserlah pada mukanya dan sikap hidupnya. Misalnya merendah diri, pemalu, sabar, redha, tenang,pemurah, tawakal, pemaaf, bertolak ansur dan berdisiplin,sehingga melihat mukanya mengingatkan kita kepada Allah dan hari Akhirat. Melihat mukanya kita rasa senang dan tenang.

  • (2.) Sikap orang mukmin dengan syariat Islam

Syariat sangat dijaga. Pakaiannya menutup aurat, bersih dan kemas. Makan minumnya sangat dijaga yang haram dan syubhatnya. Pergaulan dijaga daripada bergaul bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhram. Matanya selalu ditundukkan.Percakapannya disukat dan dikawal daripada tersalah dan tersilap.Pendengarannya juga begitu, sangat dijaga daripada mendengar perkara-perkara yang haram. Masanya tidak dibiar kan terbuang dengan sia-sia. Setiap peralihan waktu dia pandai menggunakannya untuk diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah atau kerja-kerja yang sesuai dengan waktu itu.

  • (3.) Sikap orang mukmin dengan gurunya

Dia sangat menghormati gurunya. Malu ketika di hadapannya,merendah diri dengannya. Sekalipun guru yang mengajarnya tentang ilmu dunia. Jasa gurunya selalu dikenang seperti menyebut-nyebut nama dan jasa. Bila ada masa selalu menziarahinya,memberi bantuan dan hadiah. Bukan sahaja gurunya dihormati,bahkan isteri-isteri gurunya dan anak-anak gurunya dihormati.Kesalahan gurunya dilupakan, apatah pula dihina dan diberi malu serta diumpat, pasti tidak akan dilakukannya, sebaliknya selalu mendoakan gurunya pula.

  • (4.) Sikap orang mukmin dengan ibu bapa

Ibu bapa sangat dihormati, sangat merendah diri di hadapannya,jasa mereka selalu dikenang, bahkan dibalas selalu. Kesusahannya dibantu. Kalau senang diberi hadiah selalu. Selalu menziarahinya,sering mendoakannya, aibnya ditutup, bercakap dengan ibu bapa tutur bahasa sangat dijaga. Kalau ibu bapanya memarahinya, dia tidak akan melawan. Kalaupun perlu bercakap sekadar menjelaskan.

  • (5.) Sikap orang mukmin dengan kawan

Pandai bergaul dengan kawan, setia dengan kawan. Kesusahan kawan ditolong dan dibantu apatah lagi kalau diminta. Suka menziarahi kawan kalau ada masa. Janjinya ditepati, aibnya ditutupkan, anak dan isterinya dimuliakan. Kesalahannya dimaafkan walaupun tanpa diminta. Kalau dia yang membuat salah cepat-cepat meminta maaf. Menziarahi kawan memilih waktu, waktu ziarah tidak meliarkan mata, kehormatan keluarga kawan dijaga.

  • (6.) Sikap orang mukmin dengan manusia umumnya

Dalam pergaulan dengan manusia umumnya, pandai pula menyesuaikan diri. Dalam pergaulan dia sedar diri hingga pandai meletakkan diri pada tempatnya sesuai dengan kedudukannya.Pandai melayan orang sesuai dengan kedudukannya dan mengikut tarafnya. Kalau dia seorang yang pandai, atau kaya, atau berpangkat, dia tidak akan sombong atau menunjuk nunjuk diri di depan orang ramai. Dia tetap tawadhuk dan merendah diri. Dan kalau dia orang yang serba kurang tidak pula rasa rendah diri atau hina diri lebih-lebih lagi tidak mudah dihambakan orang. Kalau dia susah, tidak akan meminta-minta apalagi menipu. Dia tetap menjaga maruah dirinya. Mudah memberi salam dan mudah pula menjawab salam orang.

Klik utk baca seterusnya…

Cara bagaimana untuk tingkatkan motivasi diri

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hidup ini tak sentiasanya gembira. Kadang-kadang ada rasa sedih pilu, kadang-kadang ada rasa tertekan, kadang-kadang ada rasa tiada mood dan kadang-kadang ada rasa tiada motivasi.

Berikut  ini saya kongsikan beberapa cara untuk tingkatkan motivasi diri. Cara yang saya amalkan ketika saya tiada motivasi atau ketika masa motivasi saya tengah jatuh merudum.

Tingkatkan motivasi diri : Cara pakarhowto

  • 1.  Saya akan dengar alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari kegemaran saya.

Inilah cara paling mujarab yang saya amalkan bagi meningkatkan motivasi diri saya. Salah satu hobi dan kegemaran saya ialah mendengar bacaan quran dari qari-qari hebat seluruh dunia. Antara qari kegemaran saya ialah al-Imam Fahd Al-Kanderi, Syeikh Mutawwali, Syeikh Hajjaj Ramadan Hindawi, al-marhum Syeikh Abdul Baasit, al-Marhum Syeikh Mustafa Ismail, Syeikh Abdur Rahman Sudais, Syeikh Ahmad Faizul al-Jerantuti dan banyak lagi. Apabila saya mendengar bacaan Quran oleh qari-qari ini, hati saya akan menjadi begitu tenang. Saya akan jadi lebih fokus, bermotivasi dan bersemangat tinggi.

  • 2.  Saya akan mendengar lagu/nasyid kegemaran saya

Ni pun salah satu cara saya meningkatkan motivasi iaitu mendengar lagu atau nasyid2 kesukaan saya. Saya paling suka lagu Sami Yusuf. Semua lagi Sami Yusuf sangat best terutamanya “Hasbi Robbi”

  • 3.  Saya akan mendengar ceramah-ceramah agama.

Mendengar ceramah agama akan memberikan peringatan kepada saya tentang maksud dan tujuan hidup saya atas dunia yang sementara ini. Apabila saya ingat tujuan hidup saya, maka saya akan jadi lebih bersyukur dan rasa bersemangat untuk memperbaiki kehidupan saya. Ceramah yang paling saya suka dengar ialah ceramah Ustaz Shamsuri. Penerangan yang diberikan sangat jelas dan mudah faham. Saya ada berpuluh-puluh koleksi ceramah Ustaz Shamsuri yang saya simpan dalam iPod. Saya akan bawa iPod tu ke mana-mana saja saya pergi. Bila ada masa lapang, saya akan dengar ceramah2 tu. Alhamdulillah, setakat ini, motivasi dan semangat saya akan naik setelah mendengar ceramah2 tersebut.

Klik utk baca seterusnya…

Kesilapan Dalam Ibadat & Amalan Agama

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yang paling diminati dan dikagumi ialah Ustaz Dato’ Ismail Kamus. Tak pernah jemu rasanya mendengar ceramah beliau.

Ustaz Dato Ismail Kamus

Berikut adalah beberapa kesilapan atau kesalahan yang sering kita lakukan dalam ibadat atau amalan agama. Poin2 ini dipetik daripada ceramah2 beliau.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site