As-salam untuk semua harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah bagi yang tidak sihat pula itu mungkin sebahagian dari penghapus dosa-dosa kecil. Jadi bersabarlah akan dugaan yang diberikannya kepada anda.
Entri kali ini Suri ingin ketengahkan berkenan dengan jarak kehamilan anak atau bayi bagi mewujudkan sebuah kualiti keluaraga yang terancang agar anak-anak memiliki masa depan yang terjamin kelak berbanding dengan kuantiti dengan memiliki anak yang ramai akan menyebabkan sebahagian dari mereka akan terpinggir dengan kehadiran orang baru dalam keluarga anda..
Jarak kehamilan anak yang terlalu rapat mungkin akan membuatkan anda dan pasangan menjadi kelam-kabut?? Lebih-lebih lagi jika anda dan pasangan terpaksa pula keluar berkerja. Hurmmm, kepada mereka yang hendak merancang kehamilan dan kelahiran si manja ini Suri akan kongsikan teknik ini dengan anda.
Anak ibarat permata hati dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Anak juga mampu menyimpulkan erat ikatan kasih sayang antara suami dan isteri. Bahkan kehadiran seorang anak juga merupakan khabar gembira yang sentiasa dinantikan oleh kebanyakan pasangan yang telahpun mendirikan rumahtangga.
Oleh itu, sebaik-baik kelahiran si manja juga haruslah dirancang dengan baik mengikut tahap kekuatan psikologi disamping kestabilan ekonomi dalam sesebuah rumahtangga itu. Ketahuilah bahawa jarak yang sesuai antara satu anak dengan anak yahg lain akan mampu memercikkan sebuah karmonian dalam rumahtangga.
- (1 ) SEMULA JADI
Kaedah ini menggunakan cara mengekalkan waktu subur seseorang wanita dan ia bergantung pada kitaran haid anda. Anda juga boleh menggunakan cara rhythm (mengira waktu kitaran haid yang terpendek, tolak 20 hari dan hari terakhir waktu subur ialah kitaran haid terpanjang ditolak 11 hari). Dengan kaedah ini , pasagan harus mengelakkan hubungan kelamin pada lebih kurang hari kelapan hingga ke 24 jika kiraan haid adalah 28-35 hari. Bagaimanapun, kaedah ini agak rumit untuk dikira dan mendatangkan masalah bagi pasagan kerana waktu untuk bersama pasagan tidak panjang.
- (2 ) PIL PERANCANG
Tahukah anda bahawa pil perancang mengandungi estorgen dan progestogen serta amat popular di kalangan wanita di dunia dan seluruh dunia. Ia bertujuan untuk menghalang pengeluaran telur dati kilang ovari seseorang wanita serta akan menyebabkan lendir dari pintu rahim akan menjadi pekat sehingga menghalang kenaikan sperma masuk ke dalam rahim.
Pil ini dimakan setiap hari bermula dari hari pertama kitaran haid sehingga hari ke-21 dan diikuti tujuh hari rehat. Jika diikuti dengan betul, keberkesanan menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan kelahiran amat tinggi iaitu sebanyak 99.9 peratus..
Disamping itu terdapat juga pil yang hanya mengandungi progestogen, ia bagi mengelakkan kandungan dan akan menyebabkan dinding rahim nipis dan lendir akan menjadi pekat. Pil jenis ini tidak konsisten dan memerlukan dos yang tinggi. Ketahuilah bahawa hampir 50 peratus wanita menggunakan kaedah ini boleh mengeluarkan telur dari kilang ovari kerana jika masa makan ubat berubah-ubah melebihi tiga jam, ia boleh menyebabkan wanita itu akan hamil kelak.
Pada kebiasaanya pil perancang keluarga mempunyai beberapa kesan yang positif seperti mengurangkan kadar pendarahan haid dan mengurangkan penyakita seperti anemia (kurang darah) serta mengurangkan kesakitan sewaktu kedatangan haid. Selain itu juga ia turut mengurangkan risiko mendapat kanser kilang ovari dan endometrium melebihi 50 peratus apabila digunakan melebihi satu tahun.














