Saya tak tau adakah apa yang akan saya kongskikan ini adalah rahsia ataupun tidak, namun perkara ini sangat penting bagi anda yang mahu mengekalkan perhubungan dengan mereka yang anda sayangi.

1. Meningkatkan keimanan kepada Allah
Kunci paling utama untuk menjadi pasangan yang terbaik ialah, tidak lain dan tidak bukan, kita mesti menguatkan iman kita terhadap Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya dengan adanya iman yang mantap saja, maka hubungan kita diredhai, dirahmati dan dipelihara oleh Allah Ta’ala. Cinta atau perhubungan yang berteraskan keimanan adalah perhubungan yang kekal jitu yang membawa kebahagiaan, insyaAllah. Jadi, kukuhkanlah keimanan kepada Allah sekiranya ingin perhubungan anda kekal bahagia selamanya.
2. Kenalpasti kelebihan dan kelemahan pasangan anda serta terima dia dengan hati yang terbuka
Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sekiranya pasangan kita ada banyak kelemahan atau keburukan, janganlah dikutuk atau memandang serong padanya. Cuba terima dia seadanya. Kalau dia ada kelemahan, kita juga begitu. Kalau dia boleh terima kelemahan kait, maka kenapa tidak kita? Apa yang penting, kita mesti berlapang dada dengan perangai dan sikap pasangan kita. Kalau perangainya buruk sekalipun, jangan sakiti hatinya, sebaliknya cari jalan bagaimana kita dapat bantu dia memperbaiki kelemahan itu.
3. Hormati diri dan keluarganya
Poin ni lebih kurang sama dengan poin yang no 2 tu. Yang pentingnya ialah, kita mesti hormat pada pasangan kita selayaknya. Hormatilah dia dan jangan sekali-kali memandang rendah padanya. Walau mungkin kerja pasangan kita tidak sehebat kita, namun kita wajib hormat padanya. Hormat bukan saja kepadanya, malah kepada ahli keluarga dan saudara mara nya juga.














