Ramai sungguh orang reply email saya baru-baru ini. Ada yang tak percaya tentang apa yang saya ceritakan. Diorang tak percaya pasal buat duit melalui internet. Ada yang kata saya menipu. Ada yang kata saya ambil kesempatan. Ada yangmempertikaikan keikhlasan saya.
Takper lah orang nak kata apa pun. Saya tak kisah sangat. Yang penting, saya tau apa yang saya buat. Saya tau apa niat saya. Dan saya ada matlamat saya sendiri. Saya fokus kepada sasaran yang ingin saya capai dalam blog PakarHowTo.Com ini.
Apa-apa pun, dalam ramai-ramai yang reply email saya, tak kurang juga yang bertanyakan macam-macam hal kepada saya. Ada yang minta saya ajar mereka secara personal. Ada yang tanya itu la ini la. Ada yang mengadu masalah, kena tipu la dan sebagainya. Malah ada juga yang minta simpati supaya bagi derma pada diorang. Pendek kata, macam-macam adaaa …Alahai…alahai….
Apa-apa pun, kepada yang menghantar dan membalas email saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya sangat hargai komen2, pandangan dan luahan hati anda semua. Saya terima semuanya dengan hati yang terbuka insyaAllah.
Kepada mereka yang komplen dan tak percaya dengan saya. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tak menipu. Saya tak manipulasi orang lain. Saya jujur dan ikhlas berkongsi pendapat, pandangan dan pengalaman yang saya ada dengan pembaca blog ini. Memang itu pun tujuan blog ini diadakan sebenarnya. Semata-mata untuk berkongsi info dan sikit sebanyak ilmu yang saya ada. Lagipun, memang hobi dan kesukaan saya berkongsi cerita dan pandangan dengan orang lain. Salahkah saya?
Anyway, kalau korang nak sangat saya tunjukkan bukti pendapatan saya dari internet. Nah ni tengok gambar di bawah ini. Bukan saya nak menunjuk-nunjuk atau berbangga. Tapi sekadar membuktikan bahawa saya ni bukanlah seorang penipu besar.
Klik utk baca seterusnya…