Mari sertai 2 blog baru saya

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Pertamanya ingin saya katakan bahawa saya sangat gembira dan terharu atas sambutan dan sokongan yang anda semua berikan kepada blog pakarhowto.com ini.

Sejak saya tubuhkan blog ini kira-kira 2 tahun lepas, jumlah pengunjung yang datang ke sini hanyalah beberapa orang saja. Itu pun hanya kawan-kawan rapat saya saja. Tapi kini jumlah pengunjung semakin bertambah setiap hari. Dan Alhamdulillah, jumlah pengunjung ke blog pakarhowto kini mencecah 1200 orang pada setiap hari. Bermakna, tidak kurang 30,000 pengunjung datang ke blog ini pada setiap bulan.

Jumlah pengunjung unik yang melawat blog ini setiap hari

Jumlah pengunjung unik yang melawat blog ini setiap hari

Kalau nak dibandingkan dengan masa mula-mula blog ini ditubuhkan memang sangat jauh berbeza. Samaada dari segi design blog, isi kandungan mahupun gaya tulisan, saya telah cuba untuk perbaikinya dari masa ke semasa. Kalau dulu, blog ini hanya menerima 1 atau 2 saja komen dari pembacanya, tapi kini alhamdulillah sudah ramai pembaca di luar sana yang sudi berkongsi idea, pendapat dan pengalaman mereka. Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas semua komen-komen, pandangan dan idea-idea anda semua. Wa caya lu lah beb! hehe :)

Sesungguhnya sokongan dan kerjasama anda semua lah yang membuatkan saya menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan blog ini.

Makacih makacih hehehe :)

Melihat kepada sambutan dan sokongan daripada anda semua, saya telah menjadi lebih bersemangat. Saya jadi ‘ketagih’ dengan blog. Satu hari tak tengok blog, umpama sebulan rasanya…huhu.

Disebabkan oleh semangat dan ‘cinta’ nya saya pada blog, baru-baru ini saya telah melancarkan 2 lagi blog baru.

Klik utk baca seterusnya…

Personal coaching dengan Otai Blogger

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Maaf semua, saya terlampau sibuk 2, 3 hari ini sebab banyak sangat benda yang kena buat. Hari ni pula, ada 2 meeting penting yang saya kena hadiri. Saya kena buat presentation pulak tu. Aduh, ‘presentation slide‘ pun masih belum siap lagi ni….huhu

Oleh sebab saya sibuk sangat, jadi tak sempat nak update blog hari ni. Biasanya saya akan update blog setidak2nya, 2 hari sekali. Tapi kali ni, memang betul-betul tak menang tangan. Maaf yer. InsyaAllah malam ni saya akan try untuk buat 1 post baru di blog ni.

Ohya, untuk makluman semua, semalam (Ahad 14 Jun 2009), saya telah berkesempatan menyertai ‘personal coaching‘ mengenai ‘Cara buat duit dengan blog & ‘smart blogging”. Personal coaching ni telah diadakan di Johor Bahru yang dikendalikan oleh Otai Blog Malaysia yang memang tidak asing lagi dalam dunia IM (Internet Marketing) ni iaitu Bro. Rohaizad.

Sila pergi ke blog Bro Rohaizad untuk membaca berita mengenai personal coaching tu semalam (Ada gambar kami ber’posing’ lepas sessi coaching tu). Cuba la tengok.

Klik utk baca seterusnya…

Tips supaya blog jadi mantap

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Ada satu malam tu, saya berborak dengan isteri saya tentang blog pakarhowto ni. Saya tanya apa pendapat dia tentang blog ni. Dia jawab ringkas saja, ‘tidak menarik dan bosan’.

Aduh, saya betul-betul tersentak. Saya sangkakan saya akan mendapat maklumbalas yang positif. Tup-tup, sebaliknya pula yang saya dengar. Ish…macammana pula isteri saya boleh kata macam tu. Selama ni saya dah puas hati dah. Saya rasa blog pakar ni menarik dan penuh informasi. Adakah saya syok sendiri?? huhu

Blog ini tak cukup menarik

'Blog ini tak menarik dan bosan' -Raihan-

Saya tanya dia. Ape pasal awak kata tak menarik dan bosan? Apa sebabnya?

Isteri saya jawab. Dia kata, biasanya kebanyakan orang tak suka sangat baca informasi yang serius. Tak suka baca artikel-artikel yang berat. Tak minat baca ayat-ayat yang formal macam buku teks. Cuba tengok buku teks dan buku-buku rujukan, berapa ramai orang suka baca buku-buku jenis macam tu? Cuba tengok pula, berapa ramai orang yang suka baca novel dan majalah-majalah? Soal dia pada saya…

Klik utk baca seterusnya…

|
This page is copy protected

Switch to our mobile site