Saya suka membaca artikel-artikel yang memberikan info atau ilmu pengetahuan yang baru kepada saya. Setiap kali saya membaca info yang saya rasakan baik, saya pasti akan kongsikan info atau artikel tersebut dengan kawan-kawan saya samaada melalui email atau pun melalui perbualan.

Namun, sejak saya tubuhkan blog PakarHowTo ini, maka hobi saya untuk berkongsi info atau artikel-artikel yang menarik dapat dilakukan dengan lebih mudah, pantas dan berkesan. Sehingga kini, ada lebih 3,000 orang yang telah mendaftakan email mereka menjadi pembaca PakarHowTo.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana anda semua, para pembaca blog PakarHowTo, senantiasa memberikan sokongan anda kepada blog ini. Semoga apa yang dikongsikan ini, sedikit sebanyak memberikan pengajaran dan manfaat kepada kita semua, insyaAllah.

Baiklah, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai satu artikel yang menerangkan tentang “Rahsia Minda Orang Cina”. Bacalah artikel ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Ambil mana yang baik, dan jadikan sempadan apa-apa yang tidak baik.

Sekian.

Saya dipelawa untuk menulis untu surat kabar Cina. Bagi saya ini adalah suatu yang menyeronokan. Namun ia bukanlah suatu yang mudah.

Selama ini saya menulis dalam bahasa Melayu dan mereka yang membaca tulisan-tulisan saya adalah 90 peratus orang Melayu. Mungkin lebih dari itu. Sekarang saya akan menulis untuk orang Cina. Apa yang akan saya tulis, dan bagaimana?

Cara yang paling mudah bagi saya untuk memulakan ruangan ini adalah dengan menceritakan pencarian saya untuk memahami apa itu kecinaan atau penerokaan saya untuk memahami minda Cina.

Menurut hemat saya, di Malaysia orang Cina lebih berminat untuk mengetahui minda Melayu. Mungkin kerana kedudukan Melayu dalam politik dan kekuasaan. Tetapi orang Melayu kurang berusaha untuk memahami minda Cina.

“Orang Cina suka menipu”

Kerana tidak ada usaha ilmiah dan rasional untuk memahami minda Cina maka persepsi Melayu terhadap sikap orang Cina diselubungi oleh prasangka. Antara prasangka yang paling meluas adalah: “Orang Cina suka menipu.” Saya pernah mendengar alas an seorang bapa mengapa menghantar anaknya ke sekolah Cina. Katanya, “supaya bila besar nanti tidak ditipu oleh Cina.”

Melayu juga menganggap perpecahan di kalangan orang Cina itu olok-olok sahaja. MCA, Gerakan dan DAP akan bersatu untuk menjaga kepentingan kaum Cina. Prasangka seperti ini meluas dalam wacana politik Melayu. “Melayu jangan berpecah, kalau berpecah Melayu akan lemah dan akan hilang kuasa politik.” Kita semua tahu siapa yang menggunakan hujah ini.

Saya selalu bosan dengan hujah perpaduan ini. Maka saya pernah menulis satu rencana yang saya beri tajuk : “Elok Melayu Berpecah.” Sayang sekali, rencana tersebut yang saya kira amat bernas sekali tidak mempunyai pengaruh dan telah dilupakan.

Klik utk baca seterusnya…