Mahkamah Hati – Untuk Muhasabah Diri

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Suka saya mencadangkan anda semua untuk baca artikel ini. Ia sangat menarik untuk diamati. Ia berkenaan dengan “Mahkamah Hati“. Satu istilah yang baru pertama kali saya dengari. Namun banyak yang boleh kita pelajari.

MAHKAMAH HATI

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan. Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga.

  1. Mahkamah Di Dunia
  2. Mahkamah Di Akhirat
  3. Mahkamah Hati

  • Pertama : Mahkamah di dunia

Yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

  • Kedua : Mahkamah di akhirat

Yang hakimnya adalah Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan “hidup” untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya “body” yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.

Klik utk baca seterusnya…

Luahan hati – Apa kau nak jadi ni !?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Apa kau nak jadi ni?
Kenapa kau suka buang masa.
Kenapa  kau tak guna betul-betul masa kau?
Kenapa kau asyik lalai melayan hawa nafsu mu?
Banyak tidur, tengok tv, borak-borak kosong…bukan tak boleh.
Tapi kau kena tau priority.
Ni tak. Benda yang sepatutnya kau buat, kau tak buat.
Tapi benda yang tak penting, itulah yang utamanya kau nak lakukan.

Kenapa begitu?
Bukankah kau sudah tahu itu salah, itu tak betul.
Bukankah kau sudah baca banyak buku?
Dan bukankah kau benar-benar faham apa yang perlu kau lakukan?
Habis? Kenapa kau masih belum bertindak?
Apa yang kau dok tunggu lagi?
Kenapa masih tidak mahu berubah?

Banyak perancangan kau gagal.
Banyak plan kau tak berjaya sampai sudah.
Terhenti dipertengahan jalan.
Kenapa kau tidak teruskannya?
Bukankah goal dan matlamat kau sudah clear?

Kenapa kau tak sanggup bersusah payah dan mujahadah?
Bukankah kau sudah faham benar, kalau nakkan kejayaan tiada short cut!
Setiap kejayaan perlu ada susah payah, pengorbanan dan mujahadah.
Nakkan kejayaan, Kau perlu persisten, konsisten, fokus dan disiplin.
Bukankah kau sudah sedia maklum tentang perkara itu?

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site