Dalam seminggu, saya kendalikan 3 kelas Bahasa Jepun. Satu di tempat saya bekerja sekarang, dan satu di Kelang, dan satu lagi di Kajang.  Alhamdulillah, kerja mengajar ini, selain menjadi sumber pendapatan sampingan saya, ia juga memberikan satu kepuasan sebenarnya.

Seorang rakan saya pernah bertanya kepada saya, “Eh, tak penat ke ko buat tuisyen mengajar nihonggo (bahasa jepun) ni ek?”.

Mari belajar Bahasa Jepun...

Mari belajar Bahasa Jepun...

Saya jawab ringkas, “Dah minat beb. Jangan kata penat, malah aku rasa best plak. Kalau boleh, hari-hari aku nak mengajar.”

“OK, aku nak tanya ko la kan, ko minat tak main game? Apa perasaan ko bile ko main game hari-hari? Rasa penat ker best? Haa macam tu lah aku, bile dapat mengajar ni. Best ooo . Naik ketagih kita dibuatnya.” , terang saya pada member saya tu.

“Haah kan. Betul gak ko cakap.” Dia mengangguk tanda setuju dengan kata-kata saya.

“Ko tau tak, aku dah buat kerja mengajar ni sejak tahun 2003 lagi tau. Aku buat semua ni semuanya kerana minat. Mula-mula aku bukak kelas Bahasa Jepun ni, free of charge. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Malah buku nota pun aku sediakan percuma kepada student aku. Tapi tu lah, benda percuma ni, tak ramai yang hargainya. Ramai student2 aku masa tu yang ‘hangat-hangat taik ayam’ jer. Minggu pertama dan minggu kedua, ramai la yang datang. Pastu sikit demi sikit, makin kurang, makin kurang dan makin kurang.

Last2, aku pun jadi tak semangat nak mengajar. So akhirnya, aku tutup jer la kelas tu. Dah student kejap datang, kejap tak datang. Yang datang pun kadang2 hanya sorang jer. Sedangkan aku masa tu ada banyak lagi komitmen lain masa tu. “

Klik utk baca seterusnya…