Cerita ini adalah cerita benar, tapi telah di tokok tambah dan di kurangkan beberapa perkara demi memenuhi hati (nafsu kot) sang penulis- harap maklum.
Bercerita mengenai israk dan mikraj, saya ingin menyentuh satu bab sahaja, iaitu takkala Nabi s.aw dan malaikat jibrail a.s berhenti di masjid.., Nabi telah mengikat buraq di tiang berhampiran masjid sebagai mana binatang lain seperti unta, kuda dan sebagainya.
Di sini timbul soalan lebih kurang maksud yang di tanya oleh malaikat jibaril a.s, kenapa ikat tali buraq itu pada tiang? Bukankah buraq tidak akan lari? Dan tiada siapa yang mampu mencuri buraq kerana ia adalah makhluk syurga.
(Nota untuk mualaf: Buraq adalah…aargh sila rujuk ustaz lah yer
)
Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda lebih kurang maksud, Aku takut ummat ku juga tidak mengikat binatang ternakan mereka dan mengaggap ini adalah sunnah, padahal jaga(pelihara) dahulu harta kamu, dengan ikhtiar seperti kunci, ikat dan sebagainya barulah bertawakkal pada Allah.
Di sini jelas menunjukkan bahawa setiap dari orang islam di tuntut untuk menjaga harta dengan ikhtiar, dan barulah bertawakkal kepada Allah.
Saya nak tanya tuan-tuan semua.. apakah harta yang paling berharga? Hari ini Allah dah bagi banyaaaaaaak nikmat kat kita semua, ada kereta, rumah, anak, kerja dan sebagainya,
W.A.L.A.U.B.A.G.A.I..M.A.N.A.P.U.N.!!!!
Nikmat-nimat ni Allah bagi belaka (semua). Macam handphone, dulu org kaya jer boleh pakai, tapi la ni budak tadika pun boleh pakai. Begitulah jugak nikmat dunia ni yg mana Allah bagi belaka walaupun org tu pijak Al-quran, hina NAbi, tak nak solat., minum arak dan mereka2 yg kafir serta murtad..
Kenapa Allah bagi nikmat sebegitu banyak kepada mereka?
Sebab dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini hanyalah bangkai, sampah dan najis. Kalaulah dunia ini ada nilai setaraf dengan sebelah kepak nyamuk sajapun, maka pasti Allah tak akan bagi walaupun seteguk air kepada org kafir.
Tuan tuan yang saya muliakan…
Nikmat yg sebenar-benar nikmat adalah IMAN!!!..

Org kafir yg kaya raya, ayam itik penuh reban, lembu kambing penuh kandang tapi apabila mereka mati tanpa iman maka mereka akan kekal dalam api neraka selama-lamanya..
Donald Trump atau Bill gates sekalipun, jika mati tanpa iman mereka akan kekal selama-lamanya dalam neraka…Tapi org islam walaupun ada iman sebesar zarah pasti masuk syurga akhirnya.
Di beritakan syurga yang paling kecil adalah 10 kali ganda lebih besar dari dunia ini..malahan menjadi pemerintah yg lebih hebat berkali ganda dari kerajaan Nabi Sulaiman, manakala rakyat pula terdiri daripada malaikat dan bidadari…nikmat mana lagi yg kita hendak dustakan?
Klik utk baca seterusnya…