Mari sertai 2 blog baru saya

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Pertamanya ingin saya katakan bahawa saya sangat gembira dan terharu atas sambutan dan sokongan yang anda semua berikan kepada blog pakarhowto.com ini.

Sejak saya tubuhkan blog ini kira-kira 2 tahun lepas, jumlah pengunjung yang datang ke sini hanyalah beberapa orang saja. Itu pun hanya kawan-kawan rapat saya saja. Tapi kini jumlah pengunjung semakin bertambah setiap hari. Dan Alhamdulillah, jumlah pengunjung ke blog pakarhowto kini mencecah 1200 orang pada setiap hari. Bermakna, tidak kurang 30,000 pengunjung datang ke blog ini pada setiap bulan.

Jumlah pengunjung unik yang melawat blog ini setiap hari

Jumlah pengunjung unik yang melawat blog ini setiap hari

Kalau nak dibandingkan dengan masa mula-mula blog ini ditubuhkan memang sangat jauh berbeza. Samaada dari segi design blog, isi kandungan mahupun gaya tulisan, saya telah cuba untuk perbaikinya dari masa ke semasa. Kalau dulu, blog ini hanya menerima 1 atau 2 saja komen dari pembacanya, tapi kini alhamdulillah sudah ramai pembaca di luar sana yang sudi berkongsi idea, pendapat dan pengalaman mereka. Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas semua komen-komen, pandangan dan idea-idea anda semua. Wa caya lu lah beb! hehe :)

Sesungguhnya sokongan dan kerjasama anda semua lah yang membuatkan saya menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan blog ini.

Makacih makacih hehehe :)

Melihat kepada sambutan dan sokongan daripada anda semua, saya telah menjadi lebih bersemangat. Saya jadi ‘ketagih’ dengan blog. Satu hari tak tengok blog, umpama sebulan rasanya…huhu.

Disebabkan oleh semangat dan ‘cinta’ nya saya pada blog, baru-baru ini saya telah melancarkan 2 lagi blog baru.

Klik utk baca seterusnya…

Senarai Kabinet Baru Malaysia (2009)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Bagi memudahkan kita semua membuat rujukan, berikut ini dipaparkan senarai penuh kabinet baru dan nama2 menteri yang dilantik di bawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak.

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN 2009 :
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II 2009 :
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2.Datuk Dr Awang Adek Hussin Klik utk baca seterusnya…

|
This page is copy protected

Switch to our mobile site