Saya harap, 1 Muharram 1432H (07 Disember 2010) ini, bukan hanya sekadar menjadi hari cuti biasa bagi kita. Tetapi, ia menjadi permulaan hari dalam setahun ini, untuk menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran yang dilaknat. Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW. Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hijrah (1432) ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.
Terima kasih banyak atas sokongan anda semua.
Bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah kali ini, mari kita hayati tulisan di bawah ini.
Tazkirah Maal Hijrah 1432
- Hijrah kita sekarang ini bukan hijrah naik unta lagi.
Tetapi hijrah kita hijrah hati, ubah sikap dan baiki diri. Supaya hati jadi jinak dengan Ilahi dan tidak sekali-kali menyombong diri.
- Hijrah kita tanpa unta, tanpa perlu berjalan di tengah panas membara, tanpa perlu takut dikejar musuh durjana.















