Hati ini terasa begitu pedih dan sakit apabila melihat bagaimana tentera Yahudi Israel menyerang kapal bantuan ke Gaza Palestin baru-baru ini. Tentera Yahudi Israel laknatullah itu telah sewenang-wenangnya menyerang dan membunuh para sukarelawan yang tidak bersenjata. Ada yang ditembak bertubi-tubi di kepala dan badan pada jarak dekat. Tak dapat untuk aku bayangkan betapa dahsyatnya serangan kejam dan zalim tentera Israel celaka itu.

Di mana OIC, di mana PBB yang konon-kononnya berperanan menegakkan keadilan sedunia??? Apa yang dah PBB lakukan untuk membantu menyelesaikan permasalahan ini?

Kita pula bagaimana? Apakah yang telah kita lakukan? Apakah sikap dan tindakan kita dalam menyatakan protes terhadap tindakan biadap rejim zionis yahudi Israel laknatullah ini? Adakah kita hanya duduk di sofa empuk di depan TV menyaksikan semua kekejaman ini berlaku begitu saja? Apakah yang boleh kita lakukan???

Di bawah ini saya kongsikan satu artikel yang sangat menarik untuk kita sama-sama baca, fahamkan, ambil pengajaran dan seterusnya mengambil tindakan atas apa yang disarankan.

Saya juga menyeru kepada anda semua untuk forward kan artikel ini kepada seberapa ramai kawan-kawan kita yang lain.

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.

Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah : manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.

Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.

Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi.


MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Klik utk baca seterusnya…