Keputusan Tilawah Quran Antarabangsa 2009

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Kalau ramai diantara anda yang minat bola, sanggup bangun di awal pagi, sanggup travel jauh hingga ke negara orang semata-mata hendak tengok bola.

Tetapi saya pula sebaliknya. Saya adalah salah seorang peminat tilawah quran yang boleh dikategorikan dalam golongan peminat hardcore (Bukan  bola jer ada peminat hardcore yer, tilawah quran pun ada hehe :) )

Setiap kali adanya majlis tilawah, samaada tilawah Quran peringkat kebangsaan atau antarabangsa, saya pasti akan mengikutinya. Kalau saya boleh pergi, saya akan pergi ke tempat berlangsungnya majlis. Kalau tak sempat, saya pasti tidak akan lepaskan peluang untuk menontonnya secara live di TV.

Ataupun kalau saya ada kerja dan memang betul-betul tak sempat nak tengok, saya pasti akan suruh isteri saya untuk rakamkan bacaan-bacaan quran tersebut. Lepas habis kerja, barulah saya akan dengar rakaman yang dibuat.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa best nya tengok tilawah ni? Buat rasa mengantuk ada laa. Huhu

Bagi saya, tilawah Quran ni cukup istimewa. Seni pembacaan al-Quran adalah seni tertinggi berbanding seni-seni yang lain. Seni pembacaan al-Quran bukan hanya dinilai dari segi tajwid, fasohah, suara dan tarannum nya saja, malah penghayatan kepada maksud setiap ayat yang dibaca juga diambil kira. Pendek kata, seni pembacaan al-Quran diteliti dan dinilai dari pelbagai aspek yang tidak ada pada seni-seni yang lain.

Paling penting, al-Quran itu adalah Kalam Allah. Mukjizat terbesar yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Kalau kita nilai dari segi ini saja, sudah cukup untuk kita faham betapa besar dan pentingnya kita meminati dan mendalami ilmu al-Quran ini.

Kalau kita tak dapat baca al-Quran dengan berlagu pun, setidak-tidaknya dapat jadi peminat al-Quran yang hardcore pun jadi lah. Kan kan kan?

Tahniah kepada Qari Iraq dan Qariah Malaysia yang berjaya menjadi johan dalam Tilawah Quran Antarabangsa tahun ini. TAHNIAH!

Qari Iraq, qariah Malaysia johan Tilawah al-Quran Antarabangsa

Qari Iraq, Usama Abdullah dan qariah Malaysia, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman masing-masing muncul johan majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-51 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sharifah Khasif & Usamah Abdullah

Usama yang memperdengarkan Ayat 16 Surah At-Taubah meraih markah 91.96 peratus manakala Sharifah Khasif yang membaca Ayat 51 Surah Al-Anbiya memperoleh 94.75 peratus.

Klik utk baca seterusnya…

Tilawah Quran Peringkat Antarabangsa 2009

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Esok, Rabu, 5 Ogos 2009, Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa yang aku tunggu-tunggu setiap tahun akan bermula. Biasanya Tilawah Quran peringkat antarabangsa ni akan diadakan di PWTC, seperti tahun-tahun sebelumnya (kecuali tahun lepas, ianya berlangsung di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.).

Seperti tahun-tahun sudah, pastinya sepanjang majlis ini berlangsung, aku insyaAllah akan ke PWTC untuk mendengar secara live alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari dan qariah terbaik dari seluruh dunia.

Pada aku, adalah menjadi tanggungjawabku untuk turut serta memeriahkan majlis agama seperti ini, yang mana majlis seumpama ini seringkali hambar dan dipinggirkan oleh masyarakat Islam sekarang.

Saya menyeru kepada semua agar kita sama-sama pastikan diri kita terpaku di depan TV setiap malam insyaAllah, untuk mendengar alunan-alunan bacaan ayat suci al-Quran. Banyakkanlah mendengar al-Quran kerana Nur-Nur Quran akan masuk ke dalam jiwa kita dan kita akan mendapat sakinah (ketenangan), insyaAllah.

Sahabat-sahabatku semua. Tidakkah kita sedar, majlis yang seumpama ini adalah satu syiar Islam, yang memerlukan sokongan padu daripada kita semua ummat Islam??

Klik utk baca seterusnya…

Sejarah Majlis Tilawah Quran Peringkat Antarabangsa

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sejarah

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa adalah sebuah program majlis tilawah Al-Quran yang diadakan di Malaysia pada setiap tahun sejak tahun 1961. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan pengasas Majlis Tilawah Al-Quran. Kali pertama diadakan ialah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada tahun 9 Mac 1961 dan disertai oleh 7 negara iaitu Singapura, Brunei, Thailand, Sarawak, Indonesia, Filipina dan Malaya dengan 13 orang peserta mengambil bahagian. Dahulunya dikenali sebagai Majlis Musabaqah Al Quran Peringkat Antarabangsa. Pada tahun 1985 Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa itu telah diubah lokasinya ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Senarai Nama Johan Qari & Qariah

Johan Qari

(1961) : Tuan Haji Ahmad Maasom Pergau (Malaysia)
(1962) : En. Mohd Yusof Abdullah (Malaysia)
(1963) : Tn Hj Manaf Sasaelos (Thailand) & Tn Hj Ismail Hashim (Malaysia)
(1964) : En Hasan Musa (Malaysia)
(1965) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia)
(1966) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
(1966) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia) (untuk Tahun 1386 Hijrah)
(1967) : En. Abdul Ghani Abdullah (Malaysia)
(1968) : Tuan Haji Saidin Abd Rahman (Malaysia)
(1969) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
(1970) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
(1971) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
(1972) : En. Abdul Ghani Abdullah (Malaysia)
(1973) : En. Mohamad Taghi Morowat (Iran)
(1974) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia)
(1975) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia)
(1976) : En. M Ali Yusni (Indonesia)
(1977) : Tuan Haji Mashud Awang Damit (Brunei)
(1978) : Tuan Sofad Awang (Thailand)
(1979) : Tuan Abbas
Salimi Naleeni (Iran)
(1980) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Malaysia)
(1981) : Sheikh Al-Amin Mohamad Thoumi (Libya)
(1982) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Malaysia)
(1983) : Tuan Haji Mirwan Batubara (Indonesia)
(1984) : En. Mohamed Abu Snena (Libya)
(1985) : En. Noor Din Idris (Malaysia)
(1986) : En. Ahmad Khader al-Tarablushi (Kuwait)
(1987) : En. Ali Sayyah Gordji (Iran)
(1988) : En. Syarifuddin M.BA (Indonesia)
(1989) : En. Brahang Harang (Thailand)
(1990) : En. Abbas Emam Jameh (Iran)
(1991) : Tuan Haji Mohamad Haji Yusof (Malaysia)
(1992) : En. Mansoor Ghazrizadeh (Iran)
(1993) : En. Ahmad Abu Al-Ghasimi (Iran)
(1994) : Tuan Haji
Abdul Rahim Haji Ahmad (Malaysia)
(1995) : Tuan Haji
Abdul Rahim Haji Ahmad (Malaysia)
(1995) : Sheikh El-Sahat El Sayed Hassan (Mesir)(untuk Tahun 1416 Hijrah)
(1996) : Sheikh Mekkawi Mahmoud Mohamed (Mesir)
(1997) : En. Mohamad Hussin Mohamad Yunus (Malaysia)
(1998) : En. Mohamad Gandom Najad Toosi (Iran)
(1999) : Che Yahaya Daud (Malaysia)
(2000) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Malaysia)
(2001) : En. Mas’ud Sayah Gorji (Iran)
(2002) : En. BAkri Waru (Indonesia)

(2003) : Tuan Haji Dato’ Ahmad Faizul Ghazali (Malaysia)*Abang Saya


(2004) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Malaysia)
(2005) : En. Indra Gunawan (Indonesia)
(2006) : En. Hossein Saeid
Rostami Tabrizy (Iran)
(2007) :
En. Aziz Mustakim (Malaysia)

* (2008) : En. Mu’min Mubarok (Indonesia)

Johan Qariah

(1961) : Tiada Penyertaan
(1962) : Tiada Penyertaan
(1963) : Tiada Penyertaan
(1964) : Cik Faridah Mat Saman (Malaysia)
(1965) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
(1966) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)
(1966) : Cik Siti Noor Ismail (Malaysia)(untuk Tahun 1386 Hijrah)
(1967) : Cik Rodziah Abd Rahman (Malaysia)
(1968) : Cik Rahmah Abd. Rahman (Malaysia)
(1969) : Cik Maimunah Mo-air Saard (Thailand)
(1970) : Cik Rodziah Abd Rahman (Malaysia)
(1971) : Cik Rodziah Abd Rahman (Malaysia)
(1972) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
(1973) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)
(1974) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)
(1975) : Puan Hajjah Nursiah Ismail (Indonesia)
(1976) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
(1977) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
(1978) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)
(1979) : Puan Sarini Abdullah (Indonesia)
(1980) : Cik Maria Ulfa Haji Mudhafar (Indonesia)
(1981) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Malaysia)
(1982) : Cik Rahmas Abdullah (Malaysia)
(1983) : Puan Hajjah Aminah Omar (Malaysia)
(1984) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia)
(1985) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia)
(1986) : Puan Rahmawati A. Rani (Indonesia)
(1987) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Malaysia)
(1988) : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Malaysia)
(1989) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
(1990) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
(1991) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
(1992) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia)
(1993) : Puan Fatimah Haji Madiah (Indonesia)
(1994) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Malaysia)
(1995) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia)
(1995) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia) (untuk Tahun 1416 Hijrah)
(1996) : Puan Sainab Abdulromae (Thailand)
(1997) : Puan Wildayati Nusril (Indonesia)
(1998) : Puan Sepiah Mohamad (Malaysia)
(1999) : Puan Maznah Awang (Malaysia)
(2000) : Puan Isniarah Bantayao (Filipina)
(2001) : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Malaysia)
(2002) : Dayang Hajjah Aminah Haji Abd Manaf (Brunei)
(2003) : Puan Hajjah Djihadiah Badar (Indonesia)
(2004) : Puan Nurhidayah Sulaiman (Indonesia)
(2005) : Puan Faizah Mohd Husain (Malaysia)
(2006) : Puan Sainab Abdulromee (Thailand)
(2007) :
Puan Amnah Ayub (Malaysia)

* (2008) : Puan Fatimah Ha’rati (Thailand) (Juga menang pada tahun 1993)

|

Switch to our mobile site